Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Bahagian Psikologi dan Kaunseling

 
home

Ketua Jabatan
> Salmiah binti Monshie

 

VISI

Peneraju Pemerkasaan Kesejahteraan Insan

MISI

Pembestarian Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Untuk Memperkembangkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

OBJEKTIF

  • Menyediakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
  • Memberi kesedaran kepada warga KPM akan Kepentingan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan Kaunselor Organisasi ke tahap optimum dan berterusan.
  • Menyediakan pendidikan kesejahteraan emosi dan fizikal kepada warga KPM.
  • Melaksanakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling berteraskan etika dan menepati peruntukan perundangan.
  • Melestarikan kelangsungan Perkhidmatan Kaunseling kepada stake-holder.

FUNGSI

  • Menerajui pembangunan Pelan Induk Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi berdasarkan dasar sedia ada dan baharu di KPM.
  • Mengetuai operasi penyampaian Perkhidmatan kaunseling dan psikologi dalam aspek pembangunan, pencegahan dan pemulihan (3P) bagi memastikan objektif yang ditetapkan tercapai.
  • Mengetuai dan melaksanakan Pelan Induk Kompetensi Dan Kualiti Kaunselor Pendidikan KPM.
  • Mengetuai Pematuhan Standard Kualiti Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi bagi mencapai objektif perkhidmatan kaunseling dan psikologi.
  • Memacu pentadbiran pengurusan data maklumat perkhidmatan kaunseling dan psikologi KPM.
  • Mengetuai pengenalpastiaan dan menganalisis Isu-isu perkhidmatan kaunseling dan psikologi yang mempunyai implikasi kepada dasar sedia ada dan baharu di KPM.
  • Mengetuai khidmat kepakaran dan sumber rujukan kepada perkhidmatan kaunseling psikologi kepada warga KPM.

PIAGAM PELANGGAN

  • Memastikan perkhidmatan sesi kaunseling dilaksanakan oleh Kaunselor Organisasi yang berdaftar dan mempunyai perakuan amalan selaras dengan Akta Kauselor 1998 (Akta 58Q);
  • Memastikan pelanggan di kaunter akan dilayan dalam tempoh sepuluh (10) minit; 
  • Memberi perkhidmatan kaunseling kepada warga kerja Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi kes baru selepas penerimaan permohonan tertakluk kepada persetujuan klien;
  • Memastikan Laporan Sesi Kaunseling disediakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja atas permintaan;
  • Memastikan Laporan Ujian Psikometrik disediakan dalam tempoh tiga (3) hari selepas diambil atas permintaan klien.

CARTA ORGANISASI

carta organisasi untuk portal KPM


HUBUNGI

Alamat Nombor Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Psikologi dan Kaunseling
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok E9, Kompleks E, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
62604, Putrajaya
03-8872 1681 03-8873 1680 [emal]

Hits : 7795