Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Bahagian Profesionalisme Guru

 
home

Ketua Jabatan
> Puan Rohayati binti Abd Hamed 

 

VISI

Peneraju Kecemerlangan Profesionalisme Guru.

MISI

Memperkasa Pembangunan Profesionalisme secara terancang dan berterusan bagi Kelestarian Kualiti Guru.

OBJEKTIF

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) sebagai peneraju utama dalam pendidikan guru bertanggungjawab merealisasikan hasrat negara dalam melahirkan insan guru yang berkualiti. BPG bertindak sebagai sebuah badan professional keguruan yang bertanggungjawab sepenuh terhadap peningkatan kualiti guru dan memastikan pemantapan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

FUNGSI

  • Menggubal dan merangka dasar pembangunan profesionalisme keguruan bagi memenuhi keperluan pendidikan negara.

  • Merancang hala tuju strategik program pembangunan profesionalisme keguruan yang memenuhi keperluan dan matlamat Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK).

  • Membangunkan dokumen standard pelaksanaan pembangunan profesionalisme keguruan sebagai sumber rujukan dan panduan kepada bahagian dan institusi pelaksana latihan serta pembekal latihan luar KPM.

  • Menilai dan memastikan pematuhan pelaksanaan program pembangunan profesionalisme keguruan dan sokongan profesional berdasarkan standard yang ditetapkan.

  • Mengurus pendaftaran dan pensijilan guru kerajaan dan swasta.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Bahagian Profesionalisme Guru dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan:

  • Pelan Operasi Latihan dapat disediakan dalam tempoh enam (6) bulan sebelum kursus dilaksanakan;

  • Penyediaan khidmat kepakaran pembangunan profesionalisme keguruan dan khidmat runding cara program peningkatan akademik dapat diberikan 100% kepada pelanggan;

  • Kertas dasar/cadangan pembangunan profesionalisme keguruan disediakan dan mendapat kelulusan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum sesuatu program dilaksanakan;

  • Semua program latihan dalam perkhidmatan mematuhi 100% dasar latihan perguruan, standard kualiti program dan standard kualiti guru yang telah disediakan;

  • Kajian keberkesanan dan penilaian program BPG dapat dihasilkan 100% daripada setiap program yang dilaksanakan setiap tahun;

  • Data dan maklumat latihan guru dapat dibekalkan kepada agensi dalam dan luar Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah mendapat kelulusan; dan

  • Tindakan diambil terhadap aduan pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas aduan diterima.

CARTA ORGANISASI

carta org bah profesionalisme guru

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Profesionalisme Guru,
Aras 3 - 6, Blok E13, Kompleks E, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
03-88841079 / 03-88841144

03-88841081

 

 

Hits : 15495