Ketua Jabatan
> Puan Fadzilah binti Fadzil
VISI
Menerajui pengantarabangsaan pendidikan Malaysia.
MISI
Menyediakan khidmat pengantarabangsaan melalui pengurusan berkualiti.
OBJEKTIF
Merancang dan menyelaras penglibatan Malaysia di dalam arena pendidikan antarabangsa sama ada di peringkat dua hala ataupun pelbagai hala. Di dalam konteks ini, Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa berusaha memastikan:
- Keberkesanan penglibatan Malaysia dalam program-program dan aktiviti-aktiviti pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan serantau;
- Peningkatan kerjasama dalam bidang pendidikan khususnya dengan negara-negara yang telah menandatangani perjanjian kerjasama;
- Peningkatan imej dan kepimpinan negara melalui penyertaan dan sumbangan yang berkesan kepada pertubuhan-pertubuhan dan negara-negara yang berkaitan;
- Keberkesanan usaha-usaha kementerian untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan di rantau Asia Pasifik.
FUNGSI
BPSHA – sebuah bahagian bertanggungjawab terhadap Ketua Setiausaha KPM melaksanakan Enam (6) peranan utama berikut :
PIAGAM PELANGGAN
Kami, anggota Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa berjanji untuk memberi perkhidmatan yang cekap, pantas dan penuh mesra bagi:
- Menyebarkan maklumat mengenai program dan aktiviti anjuran pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan serantau serta negara-negara luar dalam tempoh 3 hari bekerja setelah diterima;
- Memproses dan menyelaras semua permohonan berkaitan program/aktiviti antarabangsa dalam tempoh 15 hari bekerja setelah diterima;
- Memastikan semua urusan persediaan lawatan Kementerian Pendidikan ke luar negara di peringkat Anggota Pentadbiran dan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia disempurnakan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh lawatan;
- Menyediakan Nota Ikhtisar untuk sebarang lawatan rasmi delegasi Malaysia ke luar negara dan delegasi luar negara ke Malaysia dalam tempoh 3 hari sebelum tarikh lawatan;
- Mengadakan upacara menandatangani Memorandum Persefahaman dalam bidang pendidikan dalam tempoh 2 bulan setelah draf muktamad dipersetujui oleh kedua-dua negara dan diluluskan oleh Jemaah Menteri;
- Mengadakan Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama (JWG) didalam tempoh 1 bulan setelah draf agenda dipersetujui oleh kedua-dua pihak; dan
- Memastikan minit mesyuarat-mesyuarat peringkat pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja.
CARTA ORGANISASI
HUBUNGI
Alamat |
Telefon |
Faks |
Emel (@moe.gov.my) |
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 5 & 7, Blok E8, Kompleks E,
62604 Putrajaya. |
03-8884 6109 |
03-8889 5473 |
[emel] |
Hits : 5587