Peneraju kecemerlangan penggubalan dasar, perancangan dan penyelidikan untuk pendidikan berkualiti.
Menggubal dasar pendidikan negara melalui perancangan dan penyelidikan ke arah sistem pendidikan berkualiti.
Merancang dan mengurus aktiviti perancangan, penyelidikan dan penggubalan dasar pendidikan ke arah pembangunan sistem pendidikan negara.
Menyelaras dan memantau pembangunan pendidikan melalui penyelidikan, intervensi dan penilaian supaya pelaksanaan perancangan pendidikan berjalan dengan lebih berkesan serta menepati indikator antarabangsa.
Menyedia dan menentukan garis panduan yang boleh diikuti dalam melaksanakan perancangan pembangunan pendidikan.
Menghasilkan perancangan pembangunan pendidikan yang strategik, menyeluruh dan bersepadu bagi mencapai objektif Kementerian Pendidikan Malaysia.
Merancang dan menguruskan aktiviti perancangan dan penyelidikan berasaskan piawaian kualiti.
Menjadi pusat pangkalan data dan maklumat pendidikan bagi tujuan perancangan, penggubalan dan pemutusan dasar pendidikan.
Menerajui, merancang, mengurus dan menggubal dasar pendidikan makro serta mengawal seliaan dan menguatkuasakan Akta Pendidikan dan Peraturan Pendidikan.
Menerajui perancangan, penyelarasan dan pengesanan dasar pembangunan pendidikan makro secara holistik.
Menerajui, merancang dan melaksana penyelidikan dasar, program dan aktiviti pendidikan bagi perancangan pembangunan pendidikan dan penggubalan dasar pendidikan.
Menerajui, merancang, merangka dan melaksana penyelidikan perbandingan pencapaian pendidikan dengan agensi serantau dan antarabangsa pada peringkat kebangsaan.
Menerajui, merancang, mereka bentuk dan melaksanakan analisis sistem pengurusan data, pangkalan data dan maklumat pendidikan KPM.
Menerajui, merancang, memantau pembangunan koleksi rujukan, sumber pengetahuan, pusat rujukan dan pengurusan kualiti.
Menerajui, merancang, menyemak dan menilai semula Pembangunan Organisasi Bahagian Profesional KPM, JPN dan PPD.
**Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas
Alamat | Telefon | Faks | Emel (@moe.gov.my) |
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan |
03-8884 6500 | 03-8889 5718 | [emel] |
Hits : 112015