Ketua Jabatan
> Datin Safida Zalma binti Mohd Piah
VISI
Organisasi Berprestasi Cemerlang dalam Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia.
MISI
Mengurus Sumber Manusia KPM Secara Cekap, Berkesan dan Berkualiti bagi Menyokong Pencapaian Matlamat Kecemerlangan Pendidikan Negara.
OBJEKTIF
- Menyediakan struktur organisasi yang mantap dengan bilangan personel di tahap optimum melalui pewujudan dan pengisian jawatan mengikut keperluan dan norma perjawatan yang ditetapkan;
- Merancang dan membangunkan sumber manusia yang berintegriti serta memenuhi keperluan kompetensi organisasi;
- Mewujudkan hubungan pihak pengurusan dan pekerja yang harmonis yang menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi;
- Merancang, mengurus dan melaksana urusan kemajuan kerjaya bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP); dan
- Mengurus hal-hal perkhidmatan dan kemudahan bagi warga KPM berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa.
FUNGSI
- Pembangunan Dasar Sumber Manusia
- Pembangunan Organisasi
- Pembangunan Latihan dan Kompetensi
- Urusan Perkhidmatan, Kemudahan & Hubungan Majikan-Pekerja
- Kemajuan Kerjaya & Perancangan Penggantian
- Pengurusan Maklumat Sumber Manusia/ HRMIS
- Pentadbiran dan Kewangan BPSM
PIAGAM PELANGGAN
- Perakuan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk laluan kenaikan pangkat secara hakiki dan cemerlang diproses untuk dikemukakan ke Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran dalam tempoh 50 hari bekerja dari tarikh perakuan lengkap diterima.
CARTA ORGANISASI
HUBUNGI
Alamat |
Telefon |
Faks |
Emel (@moe.gov.my) |
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2-5 Dan 13-14, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604, Putrajaya |
03-8884 7201 / 03-8884 7173 |
03-8888 6292 |
bpsm.aduan |
Hits : 27784