Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh

 
home

Ketua Jabatan
> KOSONG

VISI

Peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia

MISI

Melestarikan Kecemerlangan Pendidikan dalam   Membina Pemimpin   Pelapis Negara

OBJEKTIF 

  • Mempraktikkan sistem pengurusan dan kepimpinan berkesan dalam kalangan guru di SBP.
  • Mewujudkan program kepemimpinan murid SBP yang mapan.
  • Menyediakan bantuan pendidikan kepada murid dari kalangan keluarga berpendapatan rendah.
  • Menaiktaraf infrastruktur SBP sedia ada bagi mempertingkatkan suasana kondusif sekolah.
  • Menawarkan mata pelajaran elektif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi memenuhi keperluan murid.
  • Menawarkan mata pelajaran Bahasa Antarabangsa bagi mempertingkatkan kemahiran berbahasa.
  • Memperluas program jaringan dan jalinan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

FUNGSI 

Fungsi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh:

  • Merancang dan menterjemah Dasar Pendidikan Kebangsaan di Sekolah Berasrama Penuh;
  • Merancang dan menerajui pengurusan pendidikan dan perkhidmatan profesional berkualiti;
  • Merancang dan menerajui Sekolah Berasrama Penuh dalam melestarikan kecemerlangan setaraf pendidikan global;
  • Merancang dan menerajui pelaksanaan program pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh bagi memenuhi aspirasi negara; dan
  • Merancang dan menerajui pembangunan modal insan berkualiti bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang memenuhi aspirasi negara.

PIAGAM PELANGGAN

BPSBP komited untuk memberi kepuasan kepada stakeholder berdasarkan piagam pelanggan seperti berikut dan akan memastikan:

  • Keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan satu (1) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) diumumkan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh pendaftaran;
  • Keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan empat (4) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) diumumkan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh pendaftaran;
  • Keputusan permohonan belajar semula/pertukaran murid dimaklumkan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima; dan
  • Keputusan penempatan dan pertukaran guru dimaklumkan selewat-lewatnya 22 hari sebelum tarikh melapor diri.

CARTA ORGANISASI 

Carta Organisasi BPSBP 


HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 
63000 Cyberjaya, 
Selangor Darul Ehsan.
03-8321 7400 03-8321 7401 / 7402 / 7403 pengarah.bpsbp

Hits : 26433