Ketua Jabatan
> YBrs. Dr. Rodiah binti Idris
VISI
Pendidikan berkualiti menjana kecemerlangan murid berkeperluan khas selaras dengan sistem pendidikan kebangsaan
MISI
Membangunkan modal insan berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan:
- Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik;
- Perkembangan potensi diri ke tahap optimum;
- Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran;
- Nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab;
- Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak; dan
- Pengantarabangsaan Program Pendidikan Khas
OBJEKTIF
- Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas
- Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas
- Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas
- Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
- Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang Pendidikan Khas
FUNGSI
- Memperluas akses dan ekuiti pendidikan kepada MBK melalui Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.
- Memperkasa strategi pengoperasian Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.
- Membangunkan modal insan MBK mengikut potensi dan meningkatkan kebolehpasaran dalam pelbagai bidang.
- Membangunkan kapasiti sumber manusia di Bahagian, Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.
- Mempertingkat prasarana mesra orang kurang upaya (OKU) dan persekitaran pembelajaran yang kondusif di Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.
- Memperkasa perkhidmatan sokongan dan bantuan pendidikan khas
- Memantapkan tadbir urus organisasi Bahagian.
PIAGAM PELANGGAN
- Memaklumkan keputusan penempatan guru pendidikan khas selewat-lewatnya 9 hari bekerja selepas menerima agihan penempatan ke bahagian.
- Memaklumkan keputusan pertukaran guru pendidikan khas selewat-lewatnya 4 hari bekerja selepas keputusan dalam talian diumumkan.
CARTA ORGANISASI
HUBUNGI
Alamat |
Telefon |
Faks |
Emel (@moe.gov.my) |
Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 2, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Presint 1,
62604, Wilayah Persekutuan Putrajaya
|
03-88849190 |
03-88886670 |
[emel] |
Hits : 19190