Ketua Jabatan
>Puan Hajah Nooraini binti Kamaruddin
VISI
Menghasilkan kurikulum sekolah yang berkualiti untuk pendidikan negara yang bertaraf dunia.
MISI
Membangunkan kurikulum sekolah yang bersepadu dan berguna untuk perkembangan potensi individu sepenuhnya dan untuk memenuhi keperluan negara.
OBJEKTIF
Membangunkan dan mengembangkan kurikulum persekolahan ke arah peningkatan kualiti pendidikan selaras dengan aspirasi negaran
FUNGSI BPK:
- Mengetuai dan melaksanakan perancangan dan pembangunan kurikulum persekolahan;
- Menyebarkan dan memastikan pelaksanaan kurikulum persekolahan kepada semua pihak berkepentingan;
- Mengesan dan melaksanakan pemantauan terhadap kualiti pelaksanaan kurikulum;
- Menyediakan bahan sokongan kurikulum;
- Melaksanakan penyelidikan dan penilaian kurikulum persekolahan;
- Membangun, melaksana dan memantau program-program khas berkaitan kurikulum; dan
- Memberi khidmat nasihat berkaitan dengan prasarana, bahan dan peralatan serta perkara-perkara yang menyokong kurikulum kepada pihak berkepentingan.
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji akan menyempurnakan tugas dan tanggungjawab kami untuk memastikan pelanggan mendapat:
- Dokumen kurikulum dalam tempoh 15 hari bekerja selepas diterbitkan.
- Bahan sokongan kurikulum dalam tempoh 15 hari bekerja selepas diterbitkan.
- Khidmat kepakaran dan runding cara berkaitan kurikulum kepada pihak berkepentingan dalam tempoh 30 hari bekerja.
CARTA ORGANISASI
** Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
HUBUNGI
Alamat |
Laman Web |
Telefon |
Faks |
Emel (@moe.gov.my) |
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, 6-8, Blok E9, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya, Malaysia
|
http://bpk.moe.gov.my/ |
03-8884 2000 |
03-8888 9917 |
|
Hits : 29870