VISI
Menyediakan khidmat pengurusan yang berkualiti dalam mendokong sistem penyampaian perkhidmatan KPM.
MISI
Peneraju kecemerlangan tadbir urus yang berkualiti dan berinovasi bagi Kementerian Pendidikan Malaysia
OBJEKTIF
- Mengurus hal ehwal pentadbiran dan perkhidmatan bagi Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi dan Unit di bawah Pengurusan Tertinggi.
- Merancang, mengurus dan melaksanakan pengurusan perolehan bagi Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi dan Unit di bawah Pengurusan Tertinggi.
- Merancang, mengurus dan melaksana program utama Kementerian dan khidmat nasihat protokol.
- Merancang, menyelaras dan mengurus sistem pengurusan rekod secara sistematik dan sempurna di Kementerian dan agensinya.
- Merancang, mengurus dan melaksana pengurusan dan keselamatan bangunan merangkumi penyelenggaraan sivil, elektrikal, mekanikal, keselamatan fizikal dan pengurusan lalulintas di Kompleks E, KPM.
FUNGSI
- PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN
-
- Pengurusan hal ehwal pentadbiran bagi Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi dan Unit di bawah Pengurusan Tertinggi KPM.
- Pengurusan hal ehwal perkhidmatan bagi pegawai-pegawai di Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi, Unit bawah Pengurusan Tertinggi dan BKP.
- Pengurusan Kenderaan Fleet Kementerian (SPANCO).
- KEWANGAN
-
- Merancang dan melaksanakan pengurusan akaun Bahagian dan Unit-unit di bawah Pengurusan BKP bagi 3 aktiviti utama (Pengurusan Tertinggi, Khidmat Pengurusan dan Unit Komunikasi Korporat- bagi Bahagian Pusat Tanggungjawab (PTJ) 140201 dan Sistem Perancangan dan Kawalan Perbelanjaan (eSPKB).
- Mengurus dan mengakaunkan terimaan dan hasil serta menyediakan Penyata Pemungut di peringkat Bahagian.
- Menyelaras, menyedia dan mengemukakan jawapan / maklumbalas pertanyaan / teguran Jabatan Audit Negara / Bahagian Audit Dalam / naziran serta laporan secara berkala kepada Bahagian Kewangan dan Bahagian Akaun mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
- PENGURUSAN PEROLEHAN DAN ASET
-
- Merancang, menyelaras dan menguruskan perolehan bagi Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi, Unit di bawah Pengurusan Tertinggi dan bahagian.
- Merancang, menyelaras dan menguruskan aset bagi Pejabat Anggota Pentadbiran, Pejabat Pengurusan Tertinggi, Unit di bawah Pengurusan Tertinggi dan bahagian.
- PENGURUSAN MAJLIS
-
- Merancang, mengurus dan melaksana program utama Kementerian dan khidmat nasihat protokol.
- Menguruskan pasukan protokol Kementerian.
- PENGURUSAN REKOD
-
- Membangunkan klasifikasi fail berdasarkan klasifikasi fail Arkib Negara.
- Melaksanakan sistem pengurusan rekod elektronik secara berpusat di Kementerian (DDMS).
- Menguruskan Registri Berpusat Kementerian.Melaksanakan program kesedaran pengurusan rekod melalui khidmat nasihat, kursus dan taklimat.
- Menyelaras pelantikan pegawai pengelas, pendaftar rahsia, pegawai keselamatan berjadual dan pegawai/pembantu tadbir rekod jabatan.
- Melaksanakan inspektorat pengurusan rekod bagi mematuhi perundangan dan peraturan pengurusan rekod melalui Tim Inspektorat Pengurusan Rekod.
- Mengurus dan memastikan pelupusan rekod dilaksanakan secara sistematik di Kementerian.
- Menguruskan dokumen terperingkat mengikut Akta Rahsia Rasmi dan Arahan Keselamatan.
- KESELAMATAN DAN PENYELENGGARAAN
-
- Merancang, mengurus dan melaksana pengurusan dan keselamatan bangunan merangkumi penyelenggaraan sivil, elektrikal, mekanikal, keselamatan fizikal dan pengurusan lalu lintas di Kompleks E, KPM.
- Merancang, mengurus ruang pejabat melalui Jawatankuasa Pengurusan Ruang Pejabat Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Merancang, mengurus dan menyelia penggunaan kemudahan gunasama Kementerian.
- Memantau penyelesaian aduan oleh kontraktor penyelenggaraan lantikan JKR.
PIAGAM PELANGGAN
Kami Warga Bahagian Khidmat Pengurusan Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Berjanji Akan :
- Memastikan pengemaskinian Buku Perkhidmatan Kerajaan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh terima surat bagi urusan pertukaran keluar pegawai.
- Memastikan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari bekerja setelah menerima bil dan dokumen yang lengkap.
- Memastikan pelaksanaan Inspektorat Pengurusan Rekod KPM sekali setahun.
- Melaksanakan Program Kesedaran Pengurusan Rekod KPM 2 kali setahun.
- Menguruskan permohonan Kad Akses bagi semua anggota yang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh 7 hari bekerja setelah menerima borang lengkap dari pemohon.
- Memastikan aduan kerosakan mekanikal, elektrikal, kerja kejuruteraan awam dan pembersihan di Kompleks E, KPM diberi akuan terima oleh kontraktor dalam tempoh 3 hari bekerja selepas aduan diterima.
- Mengurus dan menyelaras kemudahan Dewan Serbaguna, bilik-bilik mesyuarat, bilik perbincangan dan ruang sidang media serta bilik jamuan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tempoh tempahan diterima.
CARTA ORGANISASI
HUBUNGI
Alamat |
Telefon |
Faks |
Emel (@moe.gov.my) |
Bahagian Khidmat Pengurusan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 6, Blok E8,
Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya. |
03-8884 6165 / 6163 |
03-8889 5235 / 03-8884 6098 |
bkp |
Hits : 3707