Ketua Jabatan
> Encik Muntadar bin Mohd Saleh
VISI
Cemerlang dalam khidmat pengauditan
MISI
Melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas menyatakan pendapat dalam membantu meningkatkan tadbir urus kewangan.
OBJEKTIF
Pengauditan dijalankan bagi memastikan semua Penyata Kewangan Tahunan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan disediakan mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum dan keberkesanan kawalan kewangan.
FUNGSI
- Memeriksa dan mengesahkan ketepatan penyata kewangan semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
- Menentukan pengurusan dan kawalan kewangan di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dijalankan dengan baik, teratur dan kemas kini serta mematuhi peraturan dan prosedur kewangan yang ditetapkan.
- Memberi pendapat sama ada penyata kewangan yang disediakan menggambarkan kedudukan kewangan sekolah yang benar dan saksama.
- Menjalankan pengauditan khas atau penyiasatan lanjut terhadap aduan berkaitan kelemahan dan ketidakpatuhan pengurusan kewangan sekolah atas arahan YB Menteri, Ketua Setiausaha KPM, Ketua Audit Negara dan pihak lain yang diterima dari semasa ke semasa.
PIAGAM PELANGGAN
- Mengeluarkan Sijil Audit terhadap Penyata Kewangan Sekolah yang telah selesai diaudit.
- Mengeluarkan Laporan Audit terhadap pengurusan kewangan sekolah setelah selesai pengauditan dengan membangkitkan isu-isu penemuan Audit berserta kesimpulan dan syor bagi membantu pihak sekolah untuk mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan.
- Mengeluarkan Laporan Khas atau Laporan Aduan yang berkaitan berserta syor setelah selesai siasatan.
- Bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri/Institut Aminuddin Baki untuk memberi ceramah/kursus/latihan/bengkel dalam bidang perakaunan dan pengurusan kewangan.
CARTA ORGANISASI
HUBUNGI
Alamat |
Telefon |
Faks |
Emel (@moe.gov.my) |
Bahagian Audit Sekolah
Aras 2, Blok E9,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya. |
03-8872 1721 |
03-8872 1736 |
bas |
Hits : 9094