Tahniah kepada Mejar Dr. Rosmalily binti Salleh daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan yang terpilih untuk menyertai program Australia Fellowships Award. Program tajaan Kerajaan Australia di bawah Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (Department of Foreign Affairs and Trade) dihoskan oleh University of Sydney. Program bertajuk “Enhancing Partnerships Between Malaysia and Sydney to Build Sustained Benefits for All” bermula dari 01/08/2023 hingga 31/12/2024. Program fellowship bertujuan meningkatkan perkongsian antara negara serta membangunkan kapasiti fellow dalam membantu Kementerian berkaitan isu pendidikan di negara dan rantau.
Mejar Dr. Rosmalily binti Salleh bersama-sama dengan 12 orang pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, seorang guru cemerlang pendidikan khas dari SK Bandar Laguna Merbok dan seorang penyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti akan berada di University of Sydney, Australia selama tiga minggu bermula dari 7 Oktober hingga 28 Oktober 2023.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seminar, simposium, perbincangan tentang kurikulum dan pendidikan inklusif, dan hala tuju Centre on Disability & Community Inclusion (CCDI), serta lawatan ke sekolah rendah dan sekolah menengah.
Hits : 407