Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

7 - 8 Februari 2023 – Lawatan kerja Timbalan Menteri Pendidikan ke Negeri Sabah

Lawatan kerja Timbalan Menteri Pendidikan ke Sabah pada 7 Februari 2023 (Selasa).

Setelah membuat tinjauan bersama-sama pasukan teknikal KPM Timbalan Menteri Pendidikan, YB Lim Hui Ying telah mengumumkan sedikit peruntukan baik pulih dan penyelenggaraan kepada sekolah SJKC Chung Hwa Likas dan SKC Anglo Chinese, Kota Kinabalu masing-masing sebanyak RM100,000 dengan syarat pelaksanaan mengikut tatacara perolehan yang ditetapkan oleh KPM.

Lawatan kerja Timbalan Menteri Pendidikan, YB Lim Hui Ying ke SK Sungai Anib dan SJKC Pei Ying, Sandakan, Sabah pada 8 Februari 2023 (Rabu)

Lawatan diteruskan lagi bersama-sama Ahli Parlimen Sandakan, YB Vivian Wong dan pasukan teknikal KPM, beliau telah mengumumkan peruntukan baik pulih dan penyelenggaraan sebanyak RM100 ribu kepada SK Sungai Anib 3 Sandakan dengan syarat pelaksanaan perlu mengikut tatacara perolehan yang telah ditetapkan oleh KPM.

Beliau juga telah mengunjungi SJKC Pei Ying Sandakan mengenai isu pemindahan premis sekolah yang dihadapi oleh pihak sekolah dan PIBG. KPM akan memberi bantuan sepenuhnya untuk menjayakan pemindahan sekolah yang amat diperlukan.

 

Hits : 754