Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan SEAMEO Regional Centre for Special Educational Needs (SEAMEO SEN) akan menganjurkan 5th International Conference on Special Education (ICSE) 2023 yang akan berlangsung secara bersemuka pada 4 dan 5 Oktober 2023 bertempat di Taylor’s University Lakeside Campus, Subang Jaya, Selangor.
3. Tema utama persidangan pada kali ini adalah Gearing Towards Disability-Inclusive Education Recovery dan persidangan pada kali ini adalah lanjutan persidangan pertama, kedua, ketiga dan keempat yang telah diadakan di Bangkok, Thailand (2015), Sarawak, Malaysia (2017), Surabaya, Indonesia (2019) dan secara Virtual (2021). Kami berharap dan percaya persidangan kali ini akan dapat menjadi platform perkongsian amalan terbaik terkini khususnya berkaitan pendidikan pasca pandemik COVID-19 dalam memacu pendidikan dan kemenjadian Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) di peringkat rantau Asia Tenggara khususnya di Malaysia.
4. Sehubungan itu, SEAMEO SEN sukacitanya berbesar hati menyebarkan makluman ini kepada semua pegawai, guru dan murid untuk mengikuti persidangan ini sebagai penceramah, pembentang kertas, peserta persidangan, pempamer atau peserta pertandingan seperti berikut:
5th International Conference on Special Education (ICSE) 2023
Tema: Gearing Towards Disability-Inclusion Education Recovery
1st Innovation for Disability-Inclusive Education Competition 2023
Kategori A: Institute of Higher Learning (IHL), Polytechnics, Colleges & Community Colleges
Kategori B: Teacher Training Institute
Kategori C: Private/Public Schools: Teachers/ Students/ Teachers+Students
Kategori D: Open Category: Individuals/ NGOs/ Private/Government Agencies/Centres
5. Pihak SEAMEO SEN juga berbesar hati menjemput pakar bidang berpengalaman untuk mendaftar sebagai
penyampai Ucaptama dan Plenari melalui Call for Keynote & Plenary Speakers untuk persidangan 5th ICSE 2023. Pautan pendaftaran:
https://icse.seameosen.edu.my/ [Klik Submit your interest]
6. SEAMEO SEN berharap persidangan ini dapat membantu meningkatkan pembangunan profesionalisme serta menyebar luas pengetahuan mengenai Pendidikan kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) di Malaysia.
7. Maklumat lanjut berkaitan 5th ICSE 2023 dan 1st iDIEC 2023 boleh diperolehi melalui brosur yang dilampirkan. Untuk sebarang pertanyaan, pihak SEAMEO SEN boleh dihubungi melalui talian 06-2818242 atau emailkan ke
icse@seameosen.edu.my
Hits : 993