Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Lawatan Kerja YB Menteri Pendidikan Ke Negeri Sabah

25 Februari 2023 - Lawatan kerja Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek ke negeri Sabah dimulakan dengan Kunjungan Hormat ke atas Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Ini diikuti dengan lawatan dan taklimat di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. YB Menteri Pendidikan juga telah merasmikan Upacara Perasmian Penutupan Konvensyen Pembelajaran Digital 2023 Peringkat Kebangsaan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Lawatan kerja ini turut disertai oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato' Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali.
 
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
#FadhlinaSidek
 

26 Februari 2023 - Lawatan kerja Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek ke negeri Sabah diteruskan ke SK Gayang, Tuaran, tapak projek pembinaan bangunan tambahan Asrama SMK Majakir, dan SK Pekan Kinarut, Papar. Isu sekolah daif serta naik taraf infrastruktur sekolah dan institusi pendidikan di seluruh negara terus menjadi perhatian KPM.

Lawatan ini turut disertai oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), YB Datuk Armizan Bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato' Haji Pkharuddin Bin Haji Ghazali dan Ahli Parlimen Tuaran, YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
#FadhlinaSidek
 

Hits : 631