YBhg. Tan Sri/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan,
HEBAHAN MENGENAI 2022 UNESCO KING HAMAD BIN ISA AL-KHALIFA PRIZE FOR THE USE OF INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGIES IN EDUCATION
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) telah menerima hebahan pelawaan pemohonan bagi 2022 UNESCO King Hamad bin Isa AL-Khalifa Prize for the use of Information and Communication Technologies in Education dengan tema "The use of public platforms to ensure inclusive access to digital education content” (seperti di lampiran). Hadiah ini adalah dibiayai oleh Kerajaan Bahrain untuk mengiktiraf sumbangan cemerlang projek individu, institusi atau entiti lain/non-governmental organization (NGO) yang telah menggunakan Information Communication Technology (ICT) secara kreatif bagi mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pendidikan. Seramai 2 orang penerima anugerah akan menerima diploma dan US $25,000 (setiap seorang).
3. Sehubungan itu, warga KPM yang berminat boleh mengemukakan kertas kerja kepada skum.bha@moe.gov.my sebelum atau pada 13 Januari 2023 (Jumaat). Syarat-syarat dan kriteria-kriteria pemilihan bagi penganugerahan hadiah ini adalah seperti berikut:
a) Syarat
b) Kriteria Pemilihan
4. Format kertas kerja dan Garis panduan adalah seperti di Lampiran A dan Lampiran B
Sekiranya ada pertanyaan lanjut, calon-calon yang berminat boleh menghubungi pihak SKUM melalui alamat emel skum.bha@moe.gov.my atau talian telefon 0388846159.
Sekian, terima kasih.
Hits : 1584