Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

17 Januari 2023 - Lawatan Kerja YB Menteri Pendidikan Ke Negeri Perak

17 Januari 2023 - YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan melawat sekolah daif dan murid orang asli di Sekolah Kebangsaan Seri Tanjung, Tanjung Rambutan, Perak.

Sekolah yang dibuka pada tahun 1990 ini berhadapan dengan masalah prasarana tidak begitu kondusif dan isu kekurangan bilik darjah, ekoran pertambahan murid saban tahun.
 
Kantin sekolah terpaksa dijadikan bilik darjah, parkir kereta berbumbung untuk guru pula dijadikan kantin sementara, manakala kelas Tahun 4 pula ditumpangkan di sekolah agama rakyat bersebelahan bangunan sekolah, selain capaian internet juga terhad.
 
Menyedari kekurangan dan ketidakcukupan yang terpaksa ditanggung pihak sekolah, maka KPM bersetuju memperuntukkan RM400,000 bagi tujuan penyelenggaraan dan pembaikan infra demi keselesaan 176 orang murid dan 14 guru.
 
 
 
 
Sesi lawatan kerja selepas Sekolah Kebangsaan Seri Tanjung, YB Menteri Pendidikan ke Sekolah Kebangsaan Chepor, Ipoh. Lawatan ini bagi meninjau kapasiti murid adalah menjadi isu utama sekolah ini yang harus diberikan perhatian. Pihak KPM telah mengumumkan peruntukan untuk membantu penyelenggaraan sekolah tersebut bagi memastikan isu - isu asasi penyelenggaraan sekolah dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
 
Seterusnya, sesi libat urus juga turut diadakan bersama-sama warga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabatat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri tersebut.
YB Puan Fadhlina Sidek turut melawat Sekolah Raja Perempuan Taayah dan memberi motivasi serta semangat kepada semua calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2022.

Selain itu lawatan diteruskan dengan menerima Kunjung Hormat oleh YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak.

Hits : 1727