Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

12 Januari 2023 - Sidang Media Menteri Pendidikan Bersama-Sama Menteri Belia Dan Sukan

12 Januari 2023 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian khusus terhadap insiden jurulatih bola tampar yang menampar dua orang pemainnya semasa Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor yang tular di media sosial baru-baru ini.

KPM amat prihatin serta cakna akan aspek keselamatan dan kebajikan murid semasa di sekolah mahu pun ketika mengikuti aktiviti kokurikulum di luar. KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid menjadi keutamaan. Oleh itu, semua pihak yang terlibat perlu mengambil berat dan memberi perhatian untuk mengelak atau mengawal daripada berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Hadir bersama-sama ialah YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pendidikan, YBhg. Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPM, YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato' Ahmad Shapawi Ismail Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs. Encik Ahmad Faedzal bin Md Ramli Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara, En Hean Boon Yeow Presiden Malaysia Volleyball Association dan Encik Hanif Basree bin Abd Rahman Timbalan Presiden Malaysia Volleyball Association.

Hits : 1066