10 Januari 2023 - Majlis pelancaran tajaan redone bagi Program Bola Sepak yang dirasmikan oleh YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pendidikan. Program ini dianjurkan oleh pihak ICESCO dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Pusat Pendidikan ICESCO di Malaysia, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada 16 hingga 20 Januari 2023 di KUIS, Kajang, Selangor.
Program ini, pertama kali diadakan bagi 35 orang kanak-kanak Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) yang terletak di bawah naungan KPM bersama-sama 25 orang kanak-kanak Sekolah Tunas Bakti (STB) Sungai Besi di bawah naungan KPWKM secara aktiviti luar darjah.
Tujuan utama program ini adalah untuk memperkasakan kanak-kanak di kedua-dua sekolah tersebut yang juga merupakan golongan rentan dan seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk kembali menjalani kehidupan biasa melalui sukan bola sepak.
Turut hadir YBhg. Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, KPM, YBrs. Dr. Norisah binti Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) dan Tuan Farid Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif redone Network Sdn. Bhd.
Hits : 883