Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Iklan Kekosongan Jawatan Sebagai Guru Pendidikan Islam Gred (Menengah) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41/42/DG44 (KUJ) Di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN SEBAGAI GURU PENDIDIKAN ISLAM GRED (MENENGAH) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41/42/DG44(KUJ) DI SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH (SBJK), WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan sebagai Guru Pendidikan Islam (Menengah) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41/42/DG44(KUJ) di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) selaku bahagian yang bertanggungjawab terhadap pengoperasian Pendidikan (PPP) di SBJK ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Bahagian/Jabatan di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr./ tuan/ puan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

3.  Pegawai yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan dan dokumen berkaitan ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM. Hanya calon yang memenuhi kriteria tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Bersama-sama ini disertakan:

a. Iklan Kekosongan Jawatan ( Lampiran A); dan
b. Borang Permohonan ( Lampiran B).

4.  Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 27 Januari 2023 ke alamat seperti di bawah:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

5. Sukacita diingatkan bahawa hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini boleh diajukan kepada:

       I.          Encik Eddy Yazid Ehsan 03-8883 0673
     II.          Puan Salwana binti Silaluddin 03-8884 9415

6. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr./ tuan/ puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Hits : 3440