Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DI SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH DAN ASRAMA MALAYSIA, BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan sebagai, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) dan Asrama Malaysia (AMal), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sehubungan dengan itu, BPSH ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato’/ tuan/ puan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
Jawatan
|
Gred |
Tempat Bertugas |
Subjek |
Guru Akademik
|
DG41/42/DG44(KUJ) |
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur |
Matematik, Sekolah Rendah |
Guru Bimbingan |
DG41/42/DG44(KUJ) |
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Putrajaya |
Kaunseling |
3. Pegawai-pegawai yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut perlu memenuhi kriteria seperti syarat-syarat berikut:
Syarat-Syarat Umum:
|
|
|
3.1 |
Terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berada pada gred DG41/42 secara hakiki atau gred DG44 Khas Untuk Penyandang (KUP) pada tarikh iklan dikeluarkan; |
|
3.2 |
Memperolehi markah prestasi 85% dan ke atas bagi tiga (3) tahun terkini (2021, 2022, 2023); |
|
3.3 |
Bebas daripada tindakan tatatertib – rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009; |
|
3.4 |
Telah mengisytiharkan harta (tempoh lulus isytihar harta tidak melebihi lima tahun); dan |
|
3.5 |
Diperakukan oleh Ketua Jabatan. |
|
|
|
|
Syarat-Syarat Khusus
|
||
3.6 |
Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda; |
|
3.7 |
Mempunyai kelulusan ikhtisas dalam bidang Pendidikan; |
|
3.8 |
Mempunyai pengkhususan dalam subjek yang berkaitan; dan |
|
3.9 |
Sihat fizikal dan tidak mempunyai sakit kronik. |
|
4.1 |
Mengisi borang permohonan seperti di Lampiran A; |
4.2 4.3 4.4 |
Kenyataan Ketua Jabatan di Lampiran B; Salinan Kad Pengenalan yang diperakui sah; Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemas kini dan diperakui sah; dan |
4.5 |
Resume serta salinan sijil yang diakui sah. |
Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Sektor Khidmat Pengurusan)
6. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini boleh diajukan kepada Puan Nur Azalila binti Shufa’at di talian 03-8883 0673 atau Puan Siti Norzaleha binti Latib di talian 03-8884 9366.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ tuan/ puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Hits : 10657