Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Iklan Kekosongan Jawatan PPP Di Bahagian Pendidikan Islam, KPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

 

KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DI BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia seperti berikut:

 

BIL

JAWATAN

GRED

KEKOSONGAN

1.

Penolong Pengarah

Unit Pendidikan Islam dan Pengajian Islam Elektif

DG44/DG48

1

3. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini mempelawa PPP yang berminat dan berkelayakan agar dapat mengemukakan permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut. Calon-calon yang berminat boleh memuat turun dokumen-dokumen yang berkaitan melalui pautan berikut: https://shorturl.at/narfA

 

4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan dan diterima sebelum atau pada 9 September 2024 (Isnin) ke alamat berikut:

 

Pengarah

Bahagian Pendidikan Islam

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras Bawah dan Dua, Bangunan Mustapha Kamal,

Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya,

Selangor

(u.p.: Unit Perkhidmatan)

 

atau melalui e-mel ke alamat:

a) atika.othman@moe.gov.my , atau

b) sarah.mohamed@moe.gov.my

 

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Norzulaily (03-83217239), Puan Nor Atika (03-83217212) atau Puan Siti Sarah (03-83217236) untuk maklumat lanjut.

 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

Hits : 2078