YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENYELIA DAN GURU DI SEKOLAH DALAM HOSPITAL
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan sebagai Penyelia dan Guru di Sekolah Dalam Hospital (SDH). Sehubungan dengan itu, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Bahagian/Jabatan di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan, dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.
3. Pegawai yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan dan dokumen berkaitan ke SDH melalui sistem eg-Tukar Kementerian Pendidikan Malaysia. Hanya calon yang memenuhi kriteria tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
Bersama-sama ini dilampirkan iklan kekosongan tersebut untuk perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan. Kerjasama dan perhatian berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Surat Iklan Kekosongan Sekolah Dalam Hospital |
Muat Turun (1.02 MB) |
Lampiran A, B, C Dan Borang Kekosongan Perjawatan Sekolah Dalam Hospital |
Muat Turun (281 KB) |
Hits : 3313