Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENSYARAH KANAN GRED DG48 DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI INDUK BANDAR ENSTEK (IABI) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki Induk Bandar Enstek (IABI) ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG48 untuk mengisi kekosongan di IABI bagi jawatan Pensyarah Kanan Gred DG48.
3. Pegawai-pegawai yang berkelayakan dan memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan boleh mengemukakan dokumen permohonan yang lengkap ke Unit Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Institut Aminuddin Baki dan hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil temu duga. Calon-calon yang berminat boleh merujuk kepada iklan kekosongan jawatan dan borang-borang berkaitan urusan ini yang dilampirkan bersama.
4. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 15 Januari 2023 (Isnin) ke alamat seperti di bawah.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Hits : 4887