Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Iklan Kekosongan Jawatan Penolong Pengarah, PPP Gred DG44/48 (KUJ) Di Bahagian Pendidikan Swasta (BPSwasta), KPM

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,

 

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH, PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG44/48(KUJ) DI BAHAGIAN PENDIDIKAN SWASTA (BPSWASTA), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan sebagai Penolong Pengarah, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44/48(KUJ) di Bahagian Pendidikan Swasta (BPSwasta), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sehubungan dengan itu, BPSwasta ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44/48(KUP) di Bahagian/Jabatan di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato’/ tuan/ puan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

 

3. Pegawai yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan dan dokumen berkaitan ke BPSwasta, KPM. Hanya calon yang memenuhi kriteria tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Bersama-sama ini disertakan:

 

a.  lklan Kekosongan Jawatan (Lampiran A); dan

b.  Borang Permohonan (Lampiran B) - Muat Turun Lampiran

 

 

4. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada  4 Oktober 2024 ke alamat seperti di bawah:

 

Pengarah

Bahagian Pendidikan Swasta

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 3, Lobi 2, Blok E2, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 PUTRAJAYA

(u.p.: Sektor Khidmat Pengurusan)

 

5. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini boleh diajukan kepada Cik Norazlina binti Ibrahim di talian 03-8883 0679 atau emel kepada norazlina.ibrahim@moe.gov.my

 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ tuan/ puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

Sekian.

Hits : 5839