Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Kaunselor) Di Bahagian Psikologi Dan Kaunseling, Institut Pendidikan Guru Dan Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./Tuan/Puan,

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (KAUNSELOR) DI BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING, INSTITUT PENDIDIKAN GURU DAN KOLEJ MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya ingin menarik perhatian pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./ Tuan/ Puan mengenai perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Kaunselor) seperti maklumat berikut:

Bil.

Agensi/ Jabatan

Jawatan / Gred

Bilangan kekosongan

1.

Bahagian Psikologi dan Kaunseling

Kaunselor DG41/44/48

4

        2.

Kolej-kolej Matrikulasi,KPM

·         Tertakluk kepada butiran waran perjawatan yang berkuatkuasa terkini

Kaunselor /DG41/ DG 44(Terbuka)

11

3.

Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK), KPM

·         Tertakluk kepada butiran waran perjawatan yang berkuatkuasa terkini

Pegawai Kaunseling / DG41/ DG44 (Terbuka)

9

  1. Sehubungan itu, Bahagian ini mempelawa pegawai-pegawai yang berminat dan berkelayakan di bawah pentadbiran pihak YBhg.Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./Tuan/ Puan bagi mengemukakan permohonan untuk disaring dan ditemuduga sebelum dilantik mengisi kekosongan jawatan tersebut. Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan:
  1. Iklan kekosongan jawatan seperti di Lampiran A; dan
  2. Borang permohonan BPsK/001/02B seperti di Lampiran B.
  1. Adalah diharapkan pihak YBhg.Datuk/Dato’/Datin/Dr/tuan/puan dapat menghebahkan pelawaan ini kepada semua pegawai yang berkelayakan di bawah pentadbiran pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada  6 Ogos 2019 ke alamat berikut:

Setiausaha Bahagian

                Bahagian Psikologi dan Kaunseling

                Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 1, Blok E9, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 Putrajaya

(u.p.: Unit Pentadbiran & Kewangan)

  1. Sekiranya pihak YBhg.Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pegawai pihak YBhg.Datuk/Dato’/Dr/tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai di bawah:
  1. Puan Salwani binti Shamsuddin                           : 03-8872 1682
  2. Puan Siti Zahirah binti Abu Bakar                         : 03-8872 1705

Perhatian dan kerjasama pihak YBhg.Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan berikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Bahagian Psikologi dan Kaunseling

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Muat turun lampiran di sini.

 

Hits : 5289