YBhg. Datuk/ Dato’/ Datu / Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KADER PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DI KEMENTERIAN / AGENSI LUAR DARI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan (Jawatan Kader Kementerian Pendidikan Malaysia) di Maktab Tentera Diraja, Kementerian Pertahanan.
3. Pegawai-pegawai yang berkelayakan dan memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan boleh mengemukakan borang permohonan yang lengkap kepada BPSM. Calon-calon yang berminat boleh merujuk kepada iklan kekosongan jawatan dan borang permohonan seperti yang dilampirkan.
4. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat yang berikut:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 5, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p.: Unit Guru, Cawangan Perkhidmatan)
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datu / Datin / Dr./ tuan/ puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Hits : 85