Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Iklan Kekosongan Jawatan Di Education Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof. /Dr./Tuan/Puan,

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI EDUCATION MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan/ Perkhidmatan Awam Negeri/ Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Education Malaysia (EM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti berikut:

Bil.

Perjawatan

1.

Pengarah Gred 52/54 (Terbuka) di EM Washington/ Australia/   Mesir/ Jordan

2.

Pengarah Gred 48 (Terbuka) di EM Dubai

3.

Atase Pendidikan Gred 41/44 (Terbuka) di EM London/ Washington/ Australia/ Mesir/ Jordan

4.

Atase Pendidikan (Promosi) Gred 41/44 (Terbuka) di EM Indonesia

5.

Atase Pendidikan Agama Gred 41/44 (Terbuka) di EM Washington

SYARAT-SYARAT UMUM:

  1. pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;
  2. pegawai telah dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;
  3. mempunyai prestasi kerja di tahap 85% dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini bagi tiga tahun berturut-turut;
  4. mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas yang dipohon;
  5. bebas daripada sebarang tindakan tatatertib; dan
  6. pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit kritikal dan penyakit yang berpanjangan.

SYARAT-SYARAT KHUSUS:

  1. mempunyai pengalaman dalam tugas pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan aset, promosi dan pemasaran serta jaringan kolaborasi antarabangsa;
  2. mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris dengan kelululusan IELTS sekurang-kurangnya band 6.5 (salinan keputusan IELTS perlu dikemukakan sebagai prasyarat sekiranya ditawarkan jawatan). Kos yang berkaitan adalah atas tanggungan pegawai;
  3. keutamaan diberikan kepada pegawai yang mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran dalam pemasaran digital (Search Engine Optimization, Search Engine Marketing, Google Analytics, Google Ads, Facebook Marketing, Web design) untuk jawatan Atase Pendidikan (Promosi); dan
  4. keutamaan diberikan kepada pegawai yang mempunyai kemahiran untuk berbahasa tempatan (Bahasa Arab bagi penempatan di Dubai, Jordan dan Mesir).

CARA MEMOHON

  1. Calon-calon yang berminat untuk memohon hendaklah mengisi borang permohonan secara atas talian melalui pautan berikut: https://www.cognitoforms.com/KPM9/KEMENTERIANPENDIDIKANMALAYSIA
  2. Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 3 Mac 2020. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.
  3. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, boleh dikemukakan kepada Puan Amira Syafikah Otod di talian 03-88705211 atau e-mel amirasyafikah@moe.gov.my atau Puan Noraffida binti Othman di talian 03-88705227 atau e-mel kepada fida@moe.gov.my di Unit Perkhidmatan, Cawangan Operasi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM.

IKLAN SEPERTI DI LAMPIRAN.

 

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Urus Setia Pengambilan Pegawai EM

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 15, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5

62200 W.P. Putrajaya

Telefon: 03-8870 5211/5227

Hits : 7815