Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Hala Tuju Pendidikan

Perundangan Pendidikan :

1957 The Education Ordinance, 1957
1961 Education Act, 1961
1963 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Disemak - 1971)
1971 Akta Universiti dan Kolej Universiti
1974 Akta Politeknik Ungku Omar
1980 Akta Majlis Peperiksaan Malaysia

 

Laporan-Laporan Penting :

1956 Report of the Education Committee, 1956 (Penyata Razak)
1960 Report of the Education Review Committee, 1960 (Penyata Rahman Talib)
1967 Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi
1973 Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran dan Masyarakat (Laporan Keciciran)
1979 Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Penyata Mahathir)
1991 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan

 

Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan :

1957 Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah
1970 Bahasa pengantar darjah 1
1975 Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan
1976 Bahasa pengantar Tingkatan 1
1979 Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera
1980 Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti
1981 Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains
1982 Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan
1983 Bahasa pengantar semua kursus di universiti

 

Peperiksaan Sekolah Rendah :

1957 MSSEE (Malayan Sec. Sch. Entrance Exam) dimulakan
1963 MSSEE dimansuhkan
1967 PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan
1973 UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan
1982 UDT dimansuhkan
1988 PDL dimansuhkan
1988 UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan

 

Peperiksaan Sekolah Menengah :

1957 LCE (Lower Certificate of Education), OSC (Overseas Cambridge Sch Certificate), FMC ( Federation of Malaya Certificate), QT ( Qualifying Test) dimulakan
1960 SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan
1961 UK (Ujian Kelayakan) dimulakan
1962 SPPTM (Sijil Pel. Persekutuan Tanah Melayu) dimulakan
1964 SPPTM, FMC dimansuhkan, MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan, SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan
1967 SRP/LCE soalan objektif mula digunakan
1968 OSC dimansuhkan di Semenanjung Malaysia
1969 SPVM (Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia) dimulakan
1976 Peperiksaan Bahasa Melayu (Julai) dimulakan, MCE diambilalih oleh Lembaga Peperiksaan
1982 HSC (Higher School Certificate Cambridge) dimansuhkan, STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) diambilalih oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dimulakan
1983 LCE ujian Lisan Bahasa Melayu dimansuhkan, SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan
1987 Sijil SPVM ditukar kepada SPM(V), SPM di seluruh Malaysia dimulakan
1991 KHPP (Kemahiran Hidup Program Peralihan) SRP dimulakan
1992 Tahun terakhir bagi SRP
1993 PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan, SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan

 

Kurikulum :

1956 General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan
1964 General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan
1965 Pendidikan Komprehensif dimulakan
1967 Report of the Committee on Curriculum Planning and Development
1973 Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan
1982 KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan
1983 KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah
1988 Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai, Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa
1989 Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain, Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1, Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah, Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah
1991 Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah rendah, Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1
1992 Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah rendah
1993 Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolah rendah. Sekolah yang telah melaksanakan Kemahiran Manipulatif meneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah rendah

 

Peperiksaan Khas :

1964 Penubuhan Unit Pendidikan Khas
1978 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh
1981 Jawatankuasa Antara Kementerian-Kementerian mengenai Pendidikan Khas (Kementerian Kebajikan Masyarakat/ Kementerian Kesihatan,Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat serta Kementerian Pendidikansebagai Pengerusi dan setiausaha)
1984 Jawatankuasa Pendaftaran dan Penempatan Kanak-kanak cacat antara Kementerian-Kementerian, Penubuhan Jawatankuasa Penempatan Kanak-Kanak Negeri, Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam ditubuhkan
1985 Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille Kementerian Pelajaran Malaysia, Penubuhan Mesyuarat Majlis Perkhidmatan Kebajikan Negara, Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh Kementerian Pendidikan
1987 Penubuhan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Shah Alam, Jawatankuasa Pelaksana Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran
1988 Arahan Y.B.Menteri Pendidikan mengkaji memberi bantuan penuh kepada Kanak-kanak dengan Perlakuan Autisme Ringan
1989 Majlis Perundingan Pembangunan Masyarakat Negara
1991 Lembaga Penasihat Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak dengan keperluan-keperluan Pendidikan Khas
1993 Jawatankuasa mengkaji Dasar, Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan Pendidikan bagi kanak-kanak dengan keperluan-keperluan Pendidikan Khas

 

Hits : 76432