Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Global It Challenge for Youth With Disabilities (GITC) In Korea, 2022

1 Logo Korporat KPM BM

GLOBAL IT CHALLENGE FOR YOUTH WITH DISABILITIES  (GITC) IN KOREA, 2022

 

GLOBAL IT CHALLENGE FOR YOUTH WITH DISABILITIES  (GITC) pertama kali diperkenalkan pada tahun 1990 dengan nama IT Paralympiad dan bermula pada tahun 2011 ia dikenali sebagai Global IT Challenge For Youth With Disabilities. Pada tahun 2021 GITC mula dilaksanakan secara dalam talian akibat pendemik COCID-19.

GITC pada tahun ini telah diadakan secara dalam talian menggunakan aplikasi ZOOM pada 15-16 November 2022 bertempat di Korea Selatan. Pertandingan ini dianjurkan oleh Rehabilitation International  Korea (RI Korea). Ia melibatkan 16 buah negara dan menguji orang kurang upaya (OKU) yang berumur 14 tahun hingga 23 tahun dalam bidang kemahiran IT. Seramai 327 orang peserta telah berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan ini.

Kontinjen Malaysia telah menghantar dua orang Chaperone dan 171 orang Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). MBPK terdiri daripada kategori Ketidakupayaan Penglihatan seramai 20 orang, Ketidakupayaan Pendengaran seramai 29 orang, Ketidakupayaan Fizikal seramai 21 orang dan Masalah Pembelajaran seramai 101 orang. Penyertaan MBPK ini telah berjaya ke pusingan akhir dalam acara eLifemap, eTool Excel, eTool Powerpoint, eContents dan eCreative.

Kontinjen Malaysia telah berjaya menggondol 13 pingat dengan pecahan  5 Emas, 7 Perak dan 1 Gangsa.

 

GITC 1

 

 

Hits : 689