Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP)

DISKAUN/ PENGURANGAN JUMLAH PINJAMAN / PEMBAYARAN SECARA PENUH (LUMP-SUM)

1. Saya hendak buat bayaran balik Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) saya sepenuhnya/ lump-sum. Jikalau saya buat bayaran sepenuh, ada diskaun ke tiada seperti PTPTN iaitu 20% atau 10%?

Diskaun 20 peratus yang diberikan dalam perbentangan bajet 2013 adalah untuk peminjam PTPTN sahaja. Oleh yang demikian, peminjam Tabung Pinjaman Pelajaran KPT tidak akan mendapat pengecualian sebanyak 20 peratus walaupun membayar secara penuh.

2. Adakah diskaun/ pengecualian pembayaran balik diberikan sekiranya saya mendapat keputusan akademik cemerlang kelas pertama semasa saya mengikuti pengajian peringkat sijil di Kolej Komuniti dan mendapat pinjaman di bawah Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP), seperti mana yang ditawarkan oleh PTPTN?

Pengecualian bayaran balik pinjaman bagi pelajar yang mendapat keputusan akademik kelas pertama adalah untuk peminjam PTPTN sahaja. Oleh yang demikian, Peminjam Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) KPT tidak akan mendapat diskaun/ pengecualian bayaran balik walaupun mendapat keputusan yang cemerlang dalam akademik.

BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN

1. Saya ingin membuat bayaran penuh pinjaman PTPTN dengan diskaun 20%. Saya telah menghubungi pegawai khidmat pelanggan dan diberitahu saya dikehendaki mengisi borang di laman rasmi PTPTN. Saya tidak dapat menemukan borang tersebut di laman rasmi PTPTN. Saya ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk menunjukkan cara untuk mendapatkan borang tersebut.

Dimaklumkan bahawa Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan hanya menyediakan pinjaman pendidikan melalui Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) Kementerian Pendidikan Malaysia bagi pelajar peringkat sijil di Politeknik dan Kolej Komuniti dan tidak mengendalikan urusan PTPTN.

Untuk maklumat lebih lanjut atau tindakan susulan berhubung pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), boleh berhubung terus dengan pihak PTPTN di talian 03 2080 4455 dan berhubung maklumat senarai PTPTN Cawangan Negeri serta waktu operasi boleh diperolehi di Portal Rasmi PTPTN seperti berikut :- http://www.ptptn.gov.my/web/guest/cawangan.

PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN TPP

1. Siapakah yang layak untuk memohon penangguhan bayaran balik pinjaman TPP?

Peminjam yang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Diploma/Ijazah dan keatas secara sepenuh masa layak dipertimbangkan untuk kelulusan penangguhan bayaran balik TPP.

2. Saya ingin menangguhkan pembayaran balik pinjaman kerana sedang menyambung pengajian di peringkat Diploma. Bagaimanakah caranya?

Bagi memohon untuk membuat penangguhan, pemohon wajib mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:-
  • Melengkapkan borang permohonan penangguhan.
  • Salinan surat tawaran pengajian yang telah disahkan;
  • Surat Pengesahan Pengajian daripada Institusi Pengajian Tinggi.
  • Salinan slip/resit bayaran ansuran pertama sekurang-kurangnya RM125.00.

3. Berapa lama yang diperlukan untuk memproses permohonan penangguhan?

Permohonan penangguhan akan diproses dalam 14 hari waktu bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima. Hanya pemohon yang layak dan lengkap sahaja akan mendapat surat kelulusan penangguhan.

4. Saya pernah membuat pinjaman TPP semasa belajar peringkat Diploma di Kolej Komuniti dan kini sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma di sebuah IPTS yang ditaja oleh PTPTN. Bolehkah saya membuat penangguhan bayaran balik pinjaman sehingga tamat pengajian saya sekarang?

Tidak boleh. Permohonan penangguhan hanya akan diluluskan sekiranya anda menyambung di peringkat yang lebih tinggi sahaja.

5. Saya sedang mengikuti Sijil Kursus Kejururawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selama 2 tahun. Bolehkah saya memohon penangguhan bagi pembayaran balik pinjaman?

Tidak boleh. Penangguhan hanya akan diberikan pada peminjam yang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Diploma/Ijazah dan keatas sahaja. Walau bagaimanapun, peminjam boleh memohon untuk dipertimbangkan pengurangan ansuran bayaran balik yang ditentukan berdasarkan tempoh pengajian peminjam tersebut.

PENGURANGAN ANSURAN BAYARAN BALIK PINJAMAN TPP

1. Siapa layak untuk memohon pengurangan ansuran dan bagaimanakah caranya?

Pengurangan ansuran hanya layak dan dipertimbangkan kepada peminjam yang masih belum bekerja, menyambung pengajian secara separuh masa atau belum mempunyai pendapatan tetap. Pemohon wajib mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:-
  • Mengemukakan permohonan secara bertulis atau melengkapkan surat permohonan yang boleh didapati melalui laman sesawang Kementerian.
  • Melengkapkan Borang Pengakuan Pendapatan Peminjam 

2. Saya hanya bekerja sebagai pembantu kedai runcit, bolehkah saya membayar balik pinjaman TPP sebanyak RM 30?

Boleh. Walau bagaimanapun bayaran yang kurang daripada kadar ansuran yang ditetapkan iaitu RM125 sebulan dikira sebagai tunggakan kerana tidak mematuhi jadual bayaran balik yang telah ditetapkan.

3. Bolehkah saya buat penangguhan kerana tidak bekerja?

Tidak boleh.

PENGEMASKINIAN BAKI PINJAMAN/ PENYATA BAKI TERKINI/ SURAT SELESAI BAYAR

1. Saya telah selesai membuat bayaran di Kaunter Bahagian Biasiswa, KPT Presint 5, Putrajaya, bolehkah saya
mendapat surat selesai bayaran pada hari yang sama?

Boleh. Sila bawa bukti pembayaran (resit rasmi). Peminjam boleh berurusan terus dengan pegawai Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik, Bahagian Biasiswa, Aras 2, No 2, Menara 2, Presint 5, Putrajaya.

2. Bagaimanakah caranya saya mendapatkan penyata rasmi baki terkini pinjaman TPP bagi tujuan menyelesaikan
bayaran?

Peminjam boleh membuat permohonan secara bertulis melalui surat/ e-mel/ faks. Penyata rasmi baki terkini pinjaman akan dikeluarkan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh terima permohonan.

3. Saya telah menerima surat peringatan dari KPT kerana gagal mematuhi jadual bayaran balik pinjaman yang ditetapkan
tetapi saya telah menyelesaikan sepenuhnya pinjaman tersebut. Pohon penjelasan.

Bagi menyelesaikan aduan ini, peminjam dipohon untuk mengemukakan bukti bayaran yang dibuat kepada e-mel enforcement@moe.gov.my beserta nombor telefon dihubungi. Ini bagi membolehkan lejer peminjam dikemaskini serta peminjam tidak menerima lagi surat peringatan dari KPT.

LEBIHAN BAYARAN

1. Saya telah selesai membuat bayaran dan saya dapati terdapat lebihan bayaran dalam semakan penyata. Bagaimanakah saya hendak menuntut kembali lebihan bayaran berkenaan?

Permohonan Tuntutan lebihan bayaran balik pinjaman berkenaan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:-
  • Melengkapkan Borang Tuntutan Lebihan Bayaran Balik Pinjaman;
  • Salinan buku akaun bank atau Penyata Maklumat Akaun;
  • Salinan Slip gaji bagi 2 bulan terakhir (bagi pemohon yang membuat bayaran melalui potongan gaji).
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:-

Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
(u.p.: Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik)

Emel : enforcement@moe.gov.my
Hotline : 03-88886787
No faks : 03-88706839

2. Saya telah mengemukakan tuntutan lebihan bayaran kepada Bahagian Biasiswa, KPT pada 4 bulan yang lalu. Namun sehingga kini saya masih belum menerima pemulangan lebihan bayaran tersebut. Mengapa KPT mengambil masa yang lama untuk membuat pemulangan tersebut?

Pemulangan lebihan bayaran akan dikreditkan kepada peminjam setelah Bahagian Biasiswa, KPT menerima bayaran terakhir peminjam dari pihak majikan peminjam serta lejer peminjam dikemaskini sepenuhnya.

PEMINJAM MENINGGAL DUNIA, HAPUSKIRA DAN PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PINJAMAN TPP

1. Apakah yang harus dibuat sekiranya peminjam telah meninggal dunia?

Penjamin atau waris kepada peminjam hendaklah memaklumkan kematian peminjan dengan kadar segera dengan membuat surat bertulis beserta satu salinan sijil kematian atau melengkapkan borang pemakluman kematian

2. Bolehkah saya dikecualikan daripada membayar balik pinjaman TPP kerana saya seorang Orang Kelainan Upaya (OKU)/ Hilang Upaya Kekal?

Boleh dipertimbangkan. Walau bagaimanapun Kerajaan masih boleh menuntut pinjaman tersebut daripada penjamin untuk pertimbangan pengecualian ini. Sila kemukakan permohonan bertulis berserta salinan kad OKU dan salinan laporan perubatan.

3. Sekiranya peminjam telah meninggal dunia, adakah pinjaman beliau layak dikecualikan daripada membayar balik pinjaman TPP?

Pinjaman tersebut tersebut layak dipertimbangkan untuk pengecualian bayaran balik pinjaman. Walau bagaimanapun, kerajaan masih boleh menuntut pinjaman tersebut daripada penjamin untuk pertimbangan pengecualian ini. Penjamin/waris kepada peminjam perlu menghantar permohonan secara bertulis berserta dengan sijil kematian yang telah disahkan.

4. Bagaimana sekiranya penjamin tidak mampu untuk membayar semula pinjaman (bagi kes peminjam meninggal dunia/hilang upaya kekal/OKU)?

Penjamin atau waris boleh membuat rayuan secara bertulis dan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
  • Salinan Kad OKU atau Salinan Sijil Kematian
  • Borang Pengesahan pendapatan penjamin
* Tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.

TERSALAH BAYAR KEPADA BAHAGIAN BIASISWA KPT

1. Saya bukan peminjam TPP tetapi tersalah bayar kepada Bahagian Biasiswa KPT. Bagaimana saya hendak menuntut salah bayar tersebut?

Bagi Salah Bayar Melalui Saluran Pos Malaysia, Bahagian Biasiswa, KPT akan mengenalpasti pembayar-pembayar yang bukan peminjam TPP KPT melalui no. kad pengenalan yang direkodkan semasa pembayaran. Pemulangan akan dibuat terus kepada Pos Malaysia secara pukal bulanan dan pembayar dikehendaki berurusan dengan pihak Pos Malaysia (talian hotline Pos Malaysia ialah 1-300-300-300).

Bagi Salah Bayar Melalui Saluran Bank CIMB, Bahagian Biasiswa, KPT akan mengenalpasti pembayarpembayar yang bukan peminjam TPP KPT melalui no. kad pengenalan yang direkodkan semasa pembayaran. Pemulangan akan dibuat terus kepada Bank CIMB secara pukal bulanan dan pembayar dikehendaki membuat semakan akaun bank CIMB masing-masing.

Bagi Salah Bayar Melalui Arahan Potongan Gaji, pembayar atau majikan perlulah mengemukakan permohonan rasmi kepada Bahagian Biasiswa, KPT yang menjelaskan berlakunya salah bayar tersebut, salinan slip gaji sepanjang tempoh salah bayar, maklumat pemulangan dan maklumat pegawai untuk dihubungi. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa prosedur pemulangan bagi kes salah bayar melalui Arahan Potongan Gaji ini akan mengambil sedikit masa untuk diproses.

Bagi Salah Bayar Melalui Lain-lain Saluran, pembayar perlulah mengemukakan permohonan rasmi yang menjelaskan berlakunya salah bayar tersebut, salinan slip bayaran, maklumat pemulangan (salinan muka depan buku akaun bank/Penyata Maklumat Akaun) dan maklumat perhubungan bagi membolehkan Bahagian Biasiswa, KPT membuat semakan dengan tepat dan jelas sebelum proses pemulangan boleh diteruskan.

2. Saya merupakan peminjam Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) semasa melanjutkan pelajaran peringkat sijil di Kolej Komuniti pada tahun 2010 dan pada masa kini sedang melanjutkan pelajaran peringkat diploma di Politeknik. Saya hendak membayar Yuran Politeknik tetapi tersalah membuat bayaran kepada Bahagian Biasiswa KPT. Bolehkah saya membuat tuntutan salah bayar tersebut?

Bagi peminjam TPP KPT yang masih mempunyai baki pinjaman yang belum selesai dibayar dan tiada kelulusan penangguhan, transaksi salah bayar yang telah diterima dan dikemaskini ke dalam lejer peminjam sebagai bayaran balik pinjaman pelajaran, tidak boleh dipulangkan.

Untuk semakan lejer, peminjam bolehlah melayari pautan https://biasiswa.moe.gov.my/ledger.

Walau bagaimanapun, peminjam adalah dinasihatkan untuk membuat permohonan penangguhan jika menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi secara sepenuh masa.

Hits : 50951