Dokumen Kompetensi Guru bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan rujukan bagi mengenal pasti kompetensi yang perlu ada dan dicapai oleh seorang guru bidang STEM. Selain rujukan kepada guru, dokumen ini boleh dijadikan panduan kepada pihak berkepentingan dalam merancang dan membangunkan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) guru agar lebih berfokus dan berstruktur.
Dokumen Kompetensi Guru bidang STEM ini mengandungi enam (6) kompetensi iaitu Kepercayaan Pembelajaran STEM, Pengetahuan dan Kemahiran STEM, Pedagogi STEM, Aplikasi STEM, Integrasi STEM dan bukan STEM serta Literasi Data, Digital dan Teknologi. Dokumen ini mengandungi penerangan berkaitan definisi, akauntabiliti guru, deskripsi, kemenjadian murid dan penguasaan guru bagi setiap kompetensi tersebut.
Hits : 6397