Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Diploma International Baccalaureate® (IB)

LATAR BELAKANG

Program Diploma International Baccalaureate® (IB) merupakan program prauniversiti yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Program ini dijalankan dalam tempoh dua tahun, iaitu empat semester. Diploma IB merupakan kelayakan yang boleh diterima pakai bagi kemasukan ke program ijazah sarjana muda di dalam negara dan di luar negara. Program ini dilaksanakan di The Malay College Kuala Kangsar, Perak mulai tahun 2011, manakala di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan mulai tahun 2016.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berperanan menyelaras pengoperasian Program Diploma IB di sekolah KPM manakala International Baccalaureate Organization (IBO) yang berpusat di Geneva, Switzerland bertindak sebagai badan yang menggubal dasar, kurikulum, penaksiran dan mengawal kualiti pelaksanaan program.

Pelaksanaan Program Diploma IB telah diluluskan dalam Mesyuarat Profesional KPM Bil.1/2009 bertarikh 7 Januari 2009 dan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM Bil.9/2009 bertarikh 24 Jun 2009.

Bagi sekolah yang terpilih untuk melaksanakan Program Diploma IB, sekolah perlu melalui proses pengiktirafan IB berpandukan Guide to School Authorization: Diploma Programme yang boleh dimuat turun dari laman web rasmi IBO (www.ibo.org).

TUJUAN

Tujuan Pelaksanaan Program Diploma IB dilaksanakan di sekolah KPM adalah:

  • Membangunkan modal insan berkepimpinan utuh

Sejajar dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 bagi membangunkan modal insan yang berkepimpinan utuh dan berketerampilan unggul.

  • Pengiktirafan antarabangsa

Program ini amat bertepatan dengan aspirasi yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pelaksanaan program ini di KPM selaras dengan hasrat memartabatkan sistem pendidikan Malaysia di peringkat antarabangsa.

KONSEP

Program Diploma IB menggariskan konsep kurikulum seperti berikut:

konsep kurikuum program IB

Rajah 1: Konsep Kurikulum Program Diploma IB

  • Konsep ini dilaksanakan melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang merentasi pelbagai disiplin ilmu bagi setiap kumpulan mata pelajaran dan penerapan elemen teras.
  • Konsep kurikulum Program Diploma IB (Rajah 1) adaalh untuk melahirkan modal insan seimbang yang berfikiran global dan menghargai kemanusiaan serta alam sekitar ke arah kehidupan yang aman dan sejahtera.
  • Murid Program Diploma IB diprofilkan sebagai insan yang mempunyai daya ingin tahu, pemikir, komunikator berkesan, mempunyai minda terbuka, dan berani mengambil risiko.

PENGURUSAN MURID

Pengurusan murid Program Diploma IB melibatkan perkara seperti berikut:

  • Pemilihan murid

Murid yang ditawarkan ke Program Diploma IB perlu memenuhi semua syarat kemasukan program yang ditetapkan oleh sekolah.

  • Pembiayaan pengajian

Murid yang ditawarkan perlu membiayai kos pengajian melalui penajaan sama ada oleh pihak kerajaan, swasta, badan berkanun atau persendirian.

  • Sahsiah murid

Murid tertakluk kepada peraturan dan disiplin sekolah.

PENGURUSAN PEMBELAJARAN

  • Kumpulan mata pelajaran dan peruntukan waktu PdP

Kurikulum Program Diploma IB terdiri daripada tiga elemen teras iaitu Theory of Knowledge (ToK), Creativity, Activity and Service (CAS) dan Extended Essay (EE) serta enam kumpulan mata pelajaran seperti di Jadual 1.

Bil. Mata Pelajaran Kumpulan Peruntukan Waktu
1 Theory of Knowledge (ToK)
Core
150 jam
2 Creativity, Activity, Service (CAS)   150 jam
3 Extended Essay (EE)   40 jam
4 Malay A (SL) 1.    Studies in Language and Literature 150 jam
5 Malay A (HL)   240 jam
6 English B (SL) 2.    Language Acquisition 150 jam
7 English B (HL)   240 jam
8 Economics (SL) 3. Individual and Societies 150 jam
9 Economics (HL)   240 jam
10 Business and Management (SL)   150 jam
11 Business and Management (HL)   240 jam
12 History (SL)   150 jam
13 History (HL)   240 jam
14 Biology (SL) 4. Sciences 150 jam
15 Biology (HL)   240 jam
16 Chemistry (SL)   150 jam
17 Chemistry (HL)   240 jam
18 Physics (SL)   150 jam
19 Physics (HL)   240 jam
20 Mathematics (SL) 5. Mathematics 150 jam
21 Mathematics (HL)   240 jam
22 Mathematical Studies (SL)   150 jam
23 Visual Arts (SL) 6. The Arts 150 jam
24 Visual Arts (HL)   240 jam
25 Islamic Studies Mata pelajaran tambahan 50 jam

*SL – Standard Level

  HL – Higher Level

Jadual 1: Kurikulum Program Diploma IB

  • Peruntukan waktu PdP mata pelajaran bagi Standard Level (SL) ialah 150 jam manakala Higher Level (HL) ialah 240 jam.
  • Pemilihan mata pelajaran

Setiap murid diwajibkan untuk memilih satu mata pelajaran daripada enam kumpulan mata pelajaran, iaitu Studies in Language and Literature, Language Acquisition, Individual and Societies, Sciences, Mathematics dan The Arts. Walau bagaimanapun, mata pelajaran kumpulan 6 (The Arts) boleh digantikan dengan salah satu mata pelajaran daripada kumpulan 1,2,3,4 atau 5 (Rujuk Jadual 1).

  • Murid boleh memilih sama ada untuk mengambil:
    • tiga mata pelajaran HL dan tiga mata pelajaran SL; atau
    • empat mata pelajaran HL dan dua mata pelajaran SL
  • Mata pelajaran Islamic Studies merupakan mata pelajaran tambahan yang wajib diambil oleh murid Islam selaras dengan Seksyen 50 Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].
  • Pengambilan mata pelajaran HL berhubung rapat dengan bidang pengajian yang bakal diikuti pada peringkat ijazah. Setiap jenis bidang pengajian mempunyai kombinasi mata pelajaran berdasarkan contoh pada Jadual 2.
Bil.  

BIDANG PENGAJIAN/

MATA PELAJARAN

Senibina

Kejuruteraan

Pergigian

Perubatan

Undang-Undang

Perakaunan

Ekonomi

Sains Biologi

Sains Kimia

Sains Fizik

 1 Theory of Knowledge (ToK)
 2 Creativity, Activity, Service (CAS) 
 3 Extended Essay (EE)
4 Malay A (SL)      
5 Malay A (HL)              
6 English B (SL)            
7 English B (HL)        
8 Economics (SL)                
9 Economics (HL)                
10 Business and Management (SL)                
11 Business and Management (HL)            
12 History (SL)                  
13 History (HL)                
14 Biology (SL)                
15 Biology (HL)              
16 Chemistry (SL)                
17 Chemistry (HL)              
18 Physics (SL)                  
19 Physics (HL)                
20 Mathematics (SL)              
21 Mathematics (HL)          
22 Mathematical Studies (SL)                
23 Visual Arts (SL)              
24 Visual Arts (HL)                  
25 Islamic Studies

Jadual 2: Kombinasi mata Pelajaran Mengikut Bidang Pengajian

  • Tempoh PdP

Program Diploma IB menawarkan kursus selama dua tahun pengajian melibatkan empat semester yang meliputi 20 minggu setiap semester. Agihan bagi satu semester adalah seperti yang berikut:

    • 17 miggu PdP;
    • satu minggu persediaan; dan
    • dua minggu peperiksaan
  • Penawaran mata pelajaran

Mata pelajaran yang ditawarkan adalah berdasarkan permintaan murid, kepakaran guru dan kemudahan sekolah.

Hits : 44688