Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Dasar Pengoperasian Pendidikan Rendah Wajib

Pengenalan

Dasar ini bertujuan memastikan setiap ibu bapa warganegara yang menetap di Malaysia yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun pada hari pertama tahun persekolahan semasa, mestilah mendaftarkannya di sekolah rendah. Di samping itu juga, ibu bapa perlu memastikan anak yang didaftarkan akan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan rendah.

Penyataan Dasar

Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa, anak itu didaftarkan di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.

Punca Kuasa

  • Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) : Subseksyen 29A(1), (2), (3) dan (4).
  • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002: Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 bertarikh 27 November 2002.
  • Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah tahun 2003.

Kaedah Pelaksanaan

  • Melaksanakan proses pendaftaran yang bermula dengan permohonan dan pengesahan sebelum kanak-kanak mendaftar pada hari pertama persekolahan.
  • Mematuhi kriteria pelaksanaan pendidikan wajib dari segi tempoh pendidikan dan kanak-kanak yang terlibat.
  • Peringatan dari segi implikasi perundangan berikutan kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikuti pendidikan wajib.

Penalti

Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang. Ibu bapa yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

 

Tarikh Kuatkuasa
1 Januari 2003

 

Hits : 307490