Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Dasar Pengoperasian Kemasukan Awal Kanak-Kanak Di Bawah Umur Ke Tahun 1

Penyataan Dasar
 
Kemasukan awal kanak-kanak di bawah umur ke Tahun 1 pada setiap tahun persekolahan berdasarkan permohonan daripada ibubapa. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mempertimbangkan permohonan kemasukan awal bagi kanak-kanak bawah umur warganegara Malaysia yang lahir mulai 2 Januari hingga 15 Januari pada tahun persekolahan berkenaan.
 
Punca Kuasa
 
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1998 - Kelonggaran Syarat Kemasukan Kanak-Kanak Di Bawah Umur Ke Tahun 1 bertarikh 7 Mei 1998.
 
Kaedah Pelaksanaan
  • Kanak-kanak telah mengikuti mengikuti pendidikan prasekolah / tadika.
  • Kanak-kanak mencapai tahap yang munasabah dari segi ‘mental and reading age’.
  • Kanak-kanak perlu menghadiri sesi modul saringan dan modul temu bual yang dikendalikan oleh pegawai di jabatan pendidikan negeri bagi memastikan kesahihan perkara 1 dan 2.
  • Pertimbangan permohonan adalah berdasarkan merit ’case by case’ tertakluk kepada kekosongan tempat di sekolah yang dimohon.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan kepada jabatan pendidikan negeri berkenaan dengan menyertakan bersama-sama sijil lahir, surat pengesahan prasekolah / tadika dan laporan kemajuan murid yang telah disahkan.
  • Jabatan pendidikan negeri hendaklah memanjangkan semua permohonan dan dokumen sokongan kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM.
  • Semua permohonan kemasukan murid di bawah umur ke Tahun 1 hendaklah diproses oleh Jabatan Pendidikan Negeri terlebih dahulu sebelum dipanjangkan ke KPM untuk pertimbangan.
  • Keputusan Jawatankuasa Penilaian KPM adalah muktamad.

 

Tarikh Kuat Kuasa : 
7 Mei 1998
 
 

Hits : 140486