{gallery}KPM/PSH/Berita/2019/KKBgD_kolaborasi_KiSTARP{/gallery}
TS SALMIAH SHAHLAN, KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK Khamis | 2 Mei 2019
BAGAN DATUK - Memperkasakan komuniti menerusi pembelajaran sepanjang hayat dilihat mampu memenuhi keperluan pihak industri dan komuniti.
Menandatangani Sijil Kolaborasi, (kiri) Pengetua (KISTARP), Noraini Ibrahim dan (kanan) Pengarah KKBGD, Haji Zainuddin Kasmuri.
Hal ini seiring dengan misi Kolej Komuniti untuk melaksanakan akses pendidikan, pembangunan akademik serta latihan yang berkualiti kepada pelajar lepasan menengah dan komuniti amnya.
Sehubungan dengan itu, Kolej Komuniti Bagan Datuk mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama kolaborasi dengan Kolej Tingkatan Enam Tuanku Abdul Rahman Putra, Selangor (KiSTARP).
Bermula tahun 2017, Kolej Komuniti Bagan Datuk (KKBgD) menawarkan kursus-kursus yang membantu para pelajar Tingkatan Enam dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan penggunaan aplikasi komputer di dalam pembelajaran.
Antara yang menjadi permintaan kursus iaitu Kursus Microsoft Excel, Kursus Laman Web dan Kursus Kemahiran ICT-Membina Media.
Program bermula setiap hari Sabtu bermula bulan Januari hingga Mac setiap tahun, sehingga kini seramai 849 orang pelajar Tingkatan 6 telah mengikuti program ini.
Perubahan peningkatan prestasi pembelajaran pelajar dapat dilihat memberi impak positif di dalam subjek Kertas Pengajian Am.
Menurut ucapan Pengarah Kolej Komuniti Bagan Datuk, Zainuddin Kasmuri semasa berucap di Perhimpunan Pelajar Kolej Tingkatan Enam Tuanku Abdul Rahman Putra (KiSTARP) baru-baru ini, beliau amat berterima kasih kepada KiSTARP yang membantu dan menyertai kursus pendek yang dianjurkan oleh KKBgD saban tahun, tidak lupa kepada Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pensyarah Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian atas usahasama ini.
"Saya juga berharap agar kerjasama ini akan berterusan dan saling memberi manfaat di antara satu sama lain," katanya.
Hits : 1511