Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Bantuan Kewangan

(A)  PELAJAR KOLEJ KOMUNITI (BKPKK)

1. APAKAH SYARAT-SYARAT DAN KRITERIA UNTUK MELAYAKKAN PELAJAR MENDAPAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI?

Syarat-syarat dan kriteria yang melayakkan pelajar mendapat BKPKK ialah: 

  •  

Pemohon hendaklah warganegara Malaysia; 

  •   

BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil); 

  •  

Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah; 

  •  

Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin); 

  •  

Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga; dan 

  •  

Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

2. BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN KEWANGAN YANG AKAN PELAJAR TERIMA SEPANJANG TEMPOH PENGAJIAN?

Pelajar akan menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti hanya untuk dua (2) semester sahaja.  Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam (6) bulan dan pelajar layak untuk mendapat RM300/sebulan atau RM1, 800.00 sepanjang satu semester. 

3. ADAKAH PELAJAR BOLEH MENERIMA TAJAAN/ BIASISWA DARIPADA AGENSI LAIN SEKIRANYA PELAJAR MENERIMA BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA?

Pelajar tidak boleh menerima tajaan/biasiswa lain sekiranya telah menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti di bawah KPM. 

4. SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MENERIMA BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI INI?

Pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3, 000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah. 

5. ADAKAH BANTUAN KEWANGAN INI MENGAMBIL KIRA CGPA PELAJAR? SEKIRANYA ADA, BERAPAKAH CGPA MINIMUM YANG PERLU DICAPAI OLEH PELAJAR?

Ya, pelajar yang layak untuk menerima bantuan kewangan ini sepanjang setahun/dua semester pengajian perlu mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.

Sekiranya pelajar tidak mencapai CGPA minima 2.0 pada semester pertama, maka pembiayaan bantuan kewangan akan diberhentikan serta merta kepada pelajar. 

 

(B)  PELAJAR 12 PUSAT ASASI UNIVERSITI AWAM (UA)

1. APAKAH SYARAT-SYARAT DAN KRITERIA UNTUK MELAYAKKAN PELAJAR MENDAPAT BANTUAN KEWANGAN ASASI?

Syarat-syarat dan kriteria untuk memohon Bantuan Kewangan Asasi ialah:

  •  

Pemohon adalah warganegara Malaysia;

  •  

Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;

  •  

Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya; dan

  •  

Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. BERAPAKAH BANTUAN KEWANGAN YANG AKAN PELAJAR TERIMA SEPANJANG TEMPOH PENGAJIAN?

Pelajar akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM 3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian.  Pecahan kepada bantuan kewangan sebanyak RM3,920.00 adalah seperti berikut:

(i)

Elaun Wang Saku : RM 2,500.00 setahun

(ii)

Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan : RM1,420.00 setahun

(iii)

Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

3. ADAKAH PELAJAR BOLEH MENERIMA TAJAAN/ BIASISWA DARIPADA AGENSI LAIN SEKIRANYA TELAH MENERIMA BANTUAN KEWANGAN ASASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA?

Pelajar tidak boleh menerima tajaan/biasiswa lain sekiranya telah menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPM.  Pelajar perlu membayar balik kepada KPM sejumlah wang yang telah diberikan kepada pelajar sekiranya menerima tawaran tajaan/biasiswa lain ataupun pelajar perlu menolak tajaan/biasiswa lain sekiranya pelajar menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPM.

4. SEKIRANYA PELAJAR MENERIMA BANTUAN KEWANGAN ASASI DAN GAGAL UNTUK MENAMATKAN PENGAJIAN DENGAN JAYANYA, ADAKAH PELAJAR PERLU MEMBAYAR SEMULA BANTUAN YANG TELAH DITERIMA SEPANJANG PENGAJIAN?

Ya. Pelajar perlu membayar balik jumlah perbelanjaan sebenar yang telah ditaja oleh KPM kepada pelajar sekiranya pelajar gagal menamatkan pengajian dengan jayanya.  

5. BAGAIMANAKAH UNTUK MENYEMAK STATUS PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN ASASI SAMA ADA DILULUSKAN ATAU TIDAK?

Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.  Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut :

  •  

Surat tawaran;

  •  

Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);

  •  

Borang penyata kewangan penjamin;

  •  

Panduan mengisi borang perjanjian;

  •  

Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran; dan

  •        

Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.

Pemohonan perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar UA masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.

Hits : 14064