Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian

 
home

Ketua Jabatan
> Encik Zainuren bin Hj. Mohd Nor

 

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

OBJEKTIF

  • Merancang, menggubal dan menyelaras program sukan, kokurikulum dan kesenian untuk membangunkan potensi ke arah melahirkan generasi yang berkemahiran tinggi, berbakat dan cergas;
  • Merancang dan menyelaras program sukan, kokurikulum dan kesenian di sekolah sukan dan sekolah seni seluruh negara;
  • Memastikan pelaksanaan program sukan, kokurikulum dan kesenian yang sedia ada mencapai piawaian yang ditetapkan;
  • Merancang, melaksana dan menyelaras program dan aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian di seluruh negara;
  • Merancang dan mewujudkan kolaborasi yang strategik dengan pelbagai pihak dan agensi pelaksanaan program dan aktiviti sukan, Kokurikulum dan kesenian;
  • Menjadikan Bahagian sebagai penandaaras program sukan, Kokurikulum dan kesenian dalam dan luar negara.

FUNGSI

  • Mentadbir urus Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian.
  • Menggubal dasar mikro pembangunan sukan, kokurikulum dan kesenian.
  • Merancang, mengurus, menyelia dan menilai pelaksanaan program sukan, kokurikulum dan kesenian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Menguruskan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan, kokurikulum dan kesenian.
  • Merancang, mengurus dan menyelia kemudahan, prasarana dan peralatan sukan, kokurikulum dan kesenian
  • Menguruskan jaringan kerjasama dengan rakan strategik sukan, kokurikulum dan kesenian.

PIAGAM PELANGGAN

Kami, warga Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) KPM dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami bagi melaksanakan Dasar Pendidikan Negara melalui program-program sukan, kokurikulum dan kesenian yang berkualiti di sekolah-sekolah melalui usaha-usaha berikut:

  • Memastikan semua murid berpeluang mengikuti kegiatan sukan, kokurikulum dan kesenian;
  • Mengenalpasti murid yang mempunyai potensi diberi peluang mengembangkan bakat mereka;
  • Menyediakan peluang kepada murid yang berprestasi tinggi untuk menyerlahkan kecemerlangan;
  • Meningkatkan profesionalisme personel Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian secara berterusan;
  • Memastikan semua permohonan aduan dan maklum balas diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja; dan
  • Memastikan pelanggan dan 'stakeholders' menerima layanan yang mesra, saksama dan mendapat bantuan sewajarnya.

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi BSKK

**Klik gambar untuk lihat lebih jelas

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 & 7, Blok E13, Parcel E, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62604 Putrajaya 
Malaysia
03-8884 1002 03-8888 6790 [emel]

Hits : 6857