Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa

 
home

Ketua Jabatan
> Puan Fadzilah binti Fadzil

 

VISI

Menerajui pengantarabangsaan pendidikan Malaysia.

MISI

Menyediakan khidmat pengantarabangsaan melalui pengurusan berkualiti.

OBJEKTIF

Merancang dan menyelaras penglibatan Malaysia di dalam arena pendidikan antarabangsa sama ada di peringkat dua hala ataupun pelbagai hala. Di dalam konteks ini, Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa berusaha memastikan:

  • Keberkesanan penglibatan Malaysia dalam program-program dan aktiviti-aktiviti pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan serantau;
  • Peningkatan kerjasama dalam bidang pendidikan khususnya dengan negara-negara yang telah menandatangani perjanjian kerjasama;
  • Peningkatan imej dan kepimpinan negara melalui penyertaan dan sumbangan yang berkesan kepada pertubuhan-pertubuhan dan negara-negara yang berkaitan;
  • Keberkesanan usaha-usaha kementerian untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan di rantau Asia Pasifik.

FUNGSI

BPSHA – sebuah bahagian bertanggungjawab terhadap Ketua Setiausaha KPM melaksanakan Enam (6) peranan utama berikut :

  •  Penggerak Hubungan Dua Hala (Bilateral) 
    • Menguruskan perjanjian-perjanjian kerjasama (Mou) di antara Malaysia dengan negara-negara sahabat dalam bidang pendidikan;
    • Meningkatkan hubungan baik dan kerjasama dua hala Malaysia dengan negara sahabat dalam bidang pendidikan; dan
    • Menjalin dan menguruskan lawatan-lawatan rasmi luar negara.
  • Pemacu Hubungan Pelbagai Hala (Multilateral)
    • Meningkatkan kerelevenan Malaysia dalam pertubuhan sejagat dan serantau seperti ASEAN, APEC, OIC, SEAMEO, Komanwel, G15 dan sebagainya khasnya dalam bidang pendidikan.
  • Penyelaras Hal-Ehwal UNESCO-Malaysia
    • Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia; dan
    • Pejabat Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO di Paris.
  • Urusan Jemah Menteri
    • Mengurus dan menyelaras semua urusan maklum balas awal Jemaah Menteri / Memorandum Jemaah Menteri / Nota Jemaah Menteri, KPM dan ulasan agensi / kementerian luar.
  • Keurusetiaan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM

    • Urus setia Mesyuarat Pasca Kabinet; Mesyuarat Pengurusan Tertinggi dan Mesyuarat Top 7 yang dianggotai oleh Pengurusan Tertinggi Kementerian;
    • Menyelaras dan menyemak kertas dasar/makluman.
  • Perancangan Strategik Kementerian
    • Menyelaras pembangunan/ penambahbaikan dokumen strategik (Pelan Strategik, RMK dan lain-lain) KPM;
    • Menyelaras, melaksana dan memantau semua aktiviti berkaitan lain-lain dasar Kerajaan yang diterajui Kementerian/agensi lain daripada semasa ke semasa.
    • Memantau dan menilai prestasi KPM (OBB, KPI, RMK dan lain-lain) secara berkala; dan

PIAGAM PELANGGAN

Kami, anggota Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa berjanji untuk memberi perkhidmatan yang cekap, pantas dan penuh mesra bagi:

  • Menyebarkan maklumat mengenai program dan aktiviti anjuran pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan serantau serta negara-negara luar dalam tempoh 3 hari bekerja setelah diterima;
  • Memproses dan menyelaras semua permohonan berkaitan program/aktiviti antarabangsa dalam tempoh 15 hari bekerja setelah diterima;
  • Memastikan semua urusan persediaan lawatan Kementerian Pendidikan ke luar negara di peringkat Anggota Pentadbiran dan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia disempurnakan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh lawatan;
  • Menyediakan Nota Ikhtisar untuk sebarang lawatan rasmi delegasi Malaysia ke luar negara dan delegasi luar negara ke Malaysia dalam tempoh 3 hari sebelum tarikh lawatan;
  • Mengadakan upacara menandatangani Memorandum Persefahaman dalam bidang pendidikan dalam tempoh 2 bulan setelah draf muktamad dipersetujui oleh kedua-dua negara dan diluluskan oleh Jemaah Menteri;
  • Mengadakan Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama (JWG) didalam tempoh 1 bulan setelah draf agenda dipersetujui oleh kedua-dua pihak; dan
  • Memastikan minit mesyuarat-mesyuarat peringkat pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja.

CARTA ORGANISASI

carta org bpsha 

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 5 & 7, Blok E8, Kompleks E,
62604 Putrajaya.
03-8884 6109 03-8889 5473 [emel]

Hits : 2334