Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Bahagian Pendidikan Islam

 
home

Ketua Jabatan
> Tuan Haji Omar bin Salleh

 

VISI

BPI peneraju pendidikan Islam bertaraf dunia dalam menjana generasi berilmu, beriman dan beramal soleh untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

MISI

Mempertingkat kualiti pendidikan Islam melalui pengurusan yang cemerlang ke arah menghasilkan modal insan berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF

Dalam mencapai visi dan misi Bahagian Pendidikan Islam (BPI) telah menetapkan objektif untuk memperkasakan pendidikan Islam, bahasa Arab, sekolah agama, dakwah, adab dan nilai dalam aspek berikut:

  • meningkatkan kecekapan mengurus hal ehwal berkaitan pendidikan Islam, bahasa Arab, sekolah agama, dakwah, adab dan nilai;
  • menyediakan dasar dan garis panduan bagi memastikan perancangan pembangunan pendidikan Islam dapat dilaksanakan dengan terancang;
  • merancang pengoperasian SMKA SABK ke arah pengurusan yang lebih berfokus dan berkualiti;
  • menyediakan dasar dan program bagi memperkukuh akidah, kerohanian dan membangunkan syiar Islam; dan
  • merancang kerjasama strategik dengan Bahagian KPM dan agensi luar dalam memberi khidmat nasihat berkaitan pendidikan Islam dan bahasa Arab.

FUNGSI

  • Menetapkan dasar sekolah agama selaras dengan dasar perancangan sekolah KPM bagi memenuhi keperluan dan aspirasi murid.
  • Menetapkan hala tuju strategik dalam pelaksanaan operasi sekolah agama, dan aktiviti dakwah, adab dan nilai.
  • Menguruskan pembangunan dan penambahbaikan kurikulum dan bahan pengajaran pendidikan Islam dan bahasa Arab agar selari dengan penetapan perancangan kurikulum.
  • Memantau pembangunan program pendidikan Islam di peringkat kebangsaan selaras dengan aspirasi murid yang ditetapkan oleh dasar-dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Memberikan khidmat rundingan kepada JPN dan agensi lain berkenaan penyesuaian kurikulum, program dan aktiviti pendidikan Islam dan bahasa Arab.
  • Menetapkan hala tuju dan perancangan pelaksanaan pembangunan insaniah warga KPM  dan pembangunan  kompetensi  warga BPI, SMKA dan SABK.
  • Menetapkan dan mengawal urusan perkhidmatan, pentadbiran dan kewangan melibatkan BPI, SMKA dan SABK.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Keputusan tawaran kemasukan murid ke institusi pendidikan di bawah KPM seperti yang berikut:
    1. keputusan tawaran kemasukan murid ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) diumumkan selewat-lewatnya 14 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran; dan
    2. keputusan tawaran kemasukan murid ke Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) diumumkan selewat-lewatnya 14 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran.
  2. Keputusan penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.
  3. Keputusan pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.
  4. Memastikan semua aduan dan maklum balas diambil tindakan dalam tempoh tujuh hari bekerja.
  5. Memaklumkan dasar-dasar baharu pendidikan Islam dan bahasa Arab atau perubahan kepada dasar sedia ada kepada semua Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi-agensi yang berkaitan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) atau Surat Siaran (SS) dasar tersebut ditandatangani.
  6. Menyebarluaskan dokumen kurikulum atau bahan sokongan kurikulum pendidikan Islam dan bahasa Arab dalam tempoh 15 hari bekerja selepas dokumen diterbitkan.
  7. Mengurus pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) serta taklimat kewangan selepas 30 hari SABK baharu didaftarkan.
  8. Bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.

 

CARTA ORGANISASI

2021 Carta Organisasi B.Matrikulasi

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Pendidikan Islam, 
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Aras Bawah Dan Aras 2, 
Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 
63000 Cyberjaya, 
Selangor Darul Ehsan.
03 - 8321 7200  03-83217312  bpi.kpm

Hits : 25521