Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Bahagian Matrikulasi

 
home

Ketua Jabatan
> YBrs. Tuan Haji Mohd Kassim bin Haji Jaafar

 

VISI

Penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan professional.

MISI

Membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

OBJEKTIF

  • Membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
  • Mengeluarkan lulusan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memenuhi keperluan institusi pengajian tinggi awam dalam bidang sains, teknologi dan profesional; dan
  • Menjana lepasan Program Matrikulasi KPM yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing.

FUNGSI

  • Memimpin dasar dan perancangan strategik Program Matrikulasi KPM selaras dengan aspirasi pendidikan negara;
  • Memacu standard akademik Program Matrikulasi KPM agar memenuhi keperluan pendidikan prauniversiti;
  • Meneraju pengurusan peperiksaan Program Matrikulasi KPM dan pengeluaran Sijil Matrikulasi KPM;
  • Memacu pembangunan dan hal ehwal pelajar Program Matrikulasi KPM; dan
  • Memacu pengurusan sumber manusia, kewangan dan pembangunan bagi memastikan pencapaian misi dan visi Bahagian dalam melahirkan modal insan yang cemerlang.

PIAGAM PELANGGAN

Bahagian Matrikulasi KPM dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan:

  • Keputusan peperiksaan diserahkan kepada pelajar 30 hari bekerja dari tarikh akhir peperiksaan.
  • Kurikulum pengajian Program Matrikulasi disemak sekurang-kurangnya tiga tahun atau mengikut keperluan semasa.
  • Surat tawaran secara dalam talian dikeluarkan kepada pelajar yang berjaya ke Program Matrikulasi KPM dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan.
  • Bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
  • Maklum balas awal aduan pelanggan diberikan dalam tempoh satu hari bekerja.

CARTA ORGANISASI

2021 Carta Organisasi B.Matrikulasi

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Matrikulasi 
Kementerian Pendidikan Malaysia 
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62604 Putrajaya
03-8884 4083 03-8884 4028 info.matrikulasi

Hits : 7052