YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
HEBAHAN MENGENAI AUSTRALIA-ASEAN BRIDGE (BUILDING RELATIONSHIPS THROUGH INTERCULTURAL DIALOGUE AND GROWING ENGAGEMENT) PROGRAM 2024-2026
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelawaan menyertai the AUSTRALIA-ASEAN BRIDGE (BUILDING RELATIONSHIPS THROUGH INTERCULTURAL DIALOGUE AND GROWING ENGAGEMENT) PROGRAM 2024-2026 telah dibuka. Program ini merupakan anjuran Asialink Education (dahulunya dikenali sebagai Asia Education Foundation).
3. Program ini memberi peluang kepada guru dan murid di rantau Asia Tenggara untuk membentuk persahabatan dan membina rangkaian dengan sekolah di
Australia. Sekolah yang berminat menyertai program ini boleh mengemukakan permohonan yang lengkap melalui pautan Australia-ASEAN Building Relationships through Intercultural Dialogue and Growing Engagement (BRIDGE) sebelum atau pada 15 Disember 2024. Pemilihan akan dilaksanakan oleh pihak penganjur pada bulan Disember 2024. Turut disertakan bersama-sama ini lampiran maklumat mengenai program ini untuk rujukan dan tindakan.
Sekian, terima kasih.
Hits : 148