Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

ATBMSP - Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan

Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan

Pengenalan, Syarat Penyertaan, Peraturan dan Tatacara Permohonan, Kriteria Penilaian, Nilai Hadiah, Muat Turun

Pengenalan

Mewujudkan Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan bagi menghargai sumbangan guru dalam memartabatkan bahasa Melayu.

Syarat Penyertaan

  • 1. Warganegara Malaysia ;

  • 2. Warga Sektor Pendidikan yang masih berkhidmat (sekolah di bawah KPM, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru, Bahagian-bahagian di bawah sektor pendidikan KPM) selama sekurang-kurangnya (15) tahun secara kumulatif ;

  • 3. Terlibat secara aktif dalam kegiatan kebahasaan pada peringkat antarabangsa/ kebangsaan/ negeri/ daerah/ institusi ;

  • 4. Menghasilkan bahan ilmiah / penulisan / penerbitan / kajian / pembentangan dan sebagainya yang berwibawa berkaitan/menggunakan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa/ kebangsaan/ negeri/ daerah/ institusi ; dan

  • 5. Mendapat pengiktirafan berasaskan sumbangannya dalam memartabatkan bahasa Melayu yang diterima pada peringkat antarabangsa/ kebangsaan / negeri / daerah / institusi.

  • 6. Pendidik daripada semua disiplin ilmu.

Peraturan dan Tatacara Permohonan

  • 1. Pemohon hendaklah mendaftarkan pencalonan menggunakan borang permohonan terkini yang boleh dicapai melalui http://www.moe.gov.my/atabm. Setiap pencalonan hendaklah disertakan dengan butiran seperti dalam Borang ATABM-Harapan yang disediakan dan permohonan yang tidak menggunakan borang yang disediakan tidak akan dinilai

  • 2. Borang permohonan mestilah diisi dengan lengkap mengikut format yang ditetapkan dan disertakan dengan dokumen sokongan serta bukti yang sah. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

  • 3. Permohonan hendaklah diperakukan oleh ketua tertinggi organisasi berkenaan, seperti Pengarah/Setiausaha Bahagian/Rektor IPGM, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri atau wakil yang menjalankan tugasnya atau pemangkunya. Sekiranya borang permohonan ditandatangani oleh wakil/pemangku Pengarah/Setiausaha Bahagian/Rektor IPGM, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri surat penurunan kuasa daripada Pengarah/Setiausaha Bahagian/Rektor IPGM, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri perlu disertakan.

  • 4. Sekiranya pemohon ialah ketua tertinggi organisasi berkenaan, seperti Pengarah/Setiausaha Bahagian/Rektor IPGM, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri menjadi calon, maka borang pencalonan hendaklah ditandatangani oleh KSU/Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

  • 5. Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan tidak boleh memohon. Sekiranya ada yang ingin memohon, maka beliau hendaklah melepaskan keahlian dalam jawatankuasa.

  • 6. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu dan tidak tepat, Kementerian Pendidikan Malaysia berhak untuk menarik balik anugerah.

  • 7. Permohonan dalam satu bentuk salinan keras dan satu bentuk salinan lembut (lengkap bersama dokumen bukti) hendaklah dihantar kepada Urus Setia ATBMSP, KPM sebelum atau pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut :

  • Pengarah
    Bahagian Pembangunan Kurikulum
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 4-8 Blok E9
    Kompleks Kerajaan Parcel E
    62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya
    (u.p.: Urus Setia Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan)

Kriteria Penilaian

Penilaian dilaksanakan dengan mengutamakan prestasi TIGA (3) tahun mutakhir berdasarkan kepada kriteria berikut :

  • 25% | Pengajaran dan Pembelajaran

    Pengajaran dalam disiplin ilmu dengan menggunakan bahasa Melayu pada peringkat pengajian sarjana muda, diploma, sijil, sekolah menengah dan sekolah rendah.

  • 15% | Penyelidikan / Inovasi Pendidikan

    Penyelidikan/ inovasi pendidikan dalam bahasa Melayu yang berdampak tinggi sama ada dalam bentuk inovasi organisasi, inovasi pemasaran, inovasi produk atau inovasi proses.

  • 10% | Penerbitan dan Pembentangan Kertas Kerja

    Penerbitan dalam bentuk bahan-bahan berwasit dan pembentangan kertas kerja yang berdampak tinggi dalam bahasa Melayu.

    • buku atau e-buku (sebagai penulis utama/penyunting/penterjemah) ;
    • laporan teknikal/makalah jurnal (sebagai penulis utama) ; dan
    • penerbitan lain (majalah, akhbar, buletin penyiaran dan portal).
  • 10% | Penyeliaan dan Bimbingan

    Hasil penyeliaan tesis/ praktikum dalam bahasa Melayu bagi pelajar pada peringkat pengajian, sarjana muda, diploma, sijil, sekolah menengah dan sekolah rendah.
    Tugasan bimbingan dalam bahasa Melayu meliputi aktiviti akademik dan kokurikulum.

  • 10% | Khidmat Ikhtisas dan Khidmat Masyarakat

    Khidmat ikhtisas yang berdasarkan bidang kepakaran dan khidmat masyarakat di luar bidang tugas.

  • 10% | Penghasilan Modul PdP

    Penghasilan Modul PdP dalam bahasa Melayu yang diperakukan oleh ketua jabatan/ ketua bahagian institusi masing-masing.

  • 8% | Pengiktirafan dan Sanjungan

    Anugerah dan sanjungan berasaskan sumbangan dalam memartabatkan bahasa Melayu yang diterima pada peringkat institusi, kebangsaan atau antarabangsa, termasuk penyampai ucaptama, penceramah undangan, panel pakar rujuk, lembaga pengarang jurnal, projek akhir, penilai program akademik, penilai kenaikan pangkat,  penilai sekepakaran, pengacaraan dan penampilan dalam media.

  • 5% | Khidmat Perundingan

    Khidmat perundingan dalam bahasa Melayu yang disumbangkan kepada mana-mana pihak yang membawa dampak kepada organisasi.

  • 5% | Jawatan Pentadbiran

    Jawatan pentadbiran yang disandang pada peringkat institusi seperti Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan, Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, Ketua Bidang, Guru Kanan, Ketua Panitia dan lain-lain.

  • 2% | Pencapaian Cemerlang

    Perkhidmatan cemerlang yang dianugerahkan secara tahunan (APC/ PPC).

Nilai Hadiah

  • 1. Sijil Penghargaan.

  • 2. Piala Iringan.

  • 3. Wang Tunai.

Muat Turun

Hits : 12043