Syarat Umum, Peraturan dan Tatacara Permohonan
Warganegara Malaysia
Ahli Akademik Universiti Awam
Berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun
Pemohon hendaklah mendaftarkan pencalonan menggunakan borang permohonan terkini yang boleh dicapai melalui http://www.moe.gov.my/atabm. Permohonan yang tidak menggunakan borang yang disediakan tidak akan dinilai.
Borang permohonan mestilah diisi dengan lengkap mengikut format yang ditetapkan dan disertakan dengan dokumen sokongan serta bukti yang sah. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
Permohonan hendaklah diperakukan oleh ketua tertinggi organisasi berkenaan, seperti Naib Canselor (NC)/Rektor/Ketua Pengarah (KP)/Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) atau wakil yang menjalankan tugasnya atau pemangkunya. Sekiranya borang permohonan ditandatangani oleh wakil/pemangku NC/Rektor/KP/Pengarah/KPE surat penurunan kuasa daripada NC/Rektor/KP/Pengarah/KPE perlu disertakan.
Sekiranya pemohon ialah ketua tertinggi organisasi berkenaan, seperti NC/Rektor/KP/Pengarah/KPE menjadi calon, maka borang pencalonan hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU)/ Presiden/Ketua Setiausaha (KSU)/Pengerusi Lembaga Pengarah organisasi.
Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Penerima Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu tidak boleh memohon. Sekiranya ada yang ingin memohon, maka beliau hendaklah melepaskan keahlian dalam jawatankuasa.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu dan tidak tepat, Kementerian Pendidikan Malaysia berhak untuk menarik balik anugerah.
Permohonan dalam satu bentuk salinan keras dan satu bentuk salinan lembut (lengkap bersama dokumen bukti) hendaklah dihantar kepada Urus Setia ATABM, KPM sebelum atau pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut:
Setiausaha BahagianKeputusan penganugerahan adalah muktamad.
Hits : 11332