Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Application For the Asean-Maybank Scholarship Programme 2022

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN MENGENAI CALL FOR APPLICATION: THE ASEAN-MAYBANK SCHOLARSHIP PROGRAMME 2022

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Maybank Foundation dengan Kerjasama ASEAN Foundation sedang melaksanakan ASEAN-Maybank Scholarship Programme 2022. Program ini telah diumumkan semasa sambutan 54th ASEAN Day’s pada 8 Ogos 2021 secara “soft launched”. Program ini memberi sokongan kepada pelajar daripada ASEAN Member States untuk melanjutkan pengajian di kalangan Negara ASEAN. Kriteria yang diperlukan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut: 

  • Citizen of any of the 10 ASEAN Member States
  • Possess excellent academic qualifications and is active in extracurricular activities
  • Graduated with a pre-university study with minimum CGPA of 3.00 or equivalent
  • Field of study listed among the approved disciplines of the programme
  • Received admission letter or letter of offer from a university within the ASEAN University Network membership

3.     Sehubungan itu, calon yang berminat tentang program ini dijemput untuk memohon melalui pautan http://bit.ly/ApplyforAMS2022 sebelum atau pada 16 April 2022 (Sabtu). Maklumat lanjut berkenaan program ini juga boleh dirujuk melalui pautan sama yang telah dinyatakan.

Sekian, terima kasih. 

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia 
 
AMS Post New 01

AMS Post New 02

Hits : 9316