Akses Pendidikan Untuk Semua
Perkara utama yang sering diberi penekanan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek adalah untuk memastikan akses pendidikan berkualiti dapat diberi kepada semua murid tanpa mengira latar belakang atau di mana sahaja mereka berada.
Baru-baru ini pasukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme), Cikgu Hj Shafruddin Ali Hussin telah mengadakan lawatan kerja ke SK Bihai, SK Balar dan SK Lepan Jaya yang terletak di Gua Musang, Kelantan.
Menyelusuri laluan balak yang berliku, bukit, sungai dan kawasan penempatan Orang Asli, pasukan KPM dapat merasai sendiri cabaran untuk memastikan akses pendidikan sampai ke pedalaman.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan staf pelaksana sekolah yang telah berusaha memberikan yang terbaik demi pendidikan anak bangsa.
Hits : 1925