Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

AKRI - Anugerah Pengajaran Transformatif

Kategori

Pengajaran Transformatif


Definisi Pengajaran Transformatif

Transformasi kaedah pengajaran sama ada dalam bentuk syarahan secara interaktif atau tanpa syarahan. Kategori ini memberi fokus kepada kaedah pengajaran bertujuan untuk meningkatkan keterlibatan dan pencapaian pembelajaran pelajar.

Kaedah pengajaran syarahan secara interaktif atau tanpa syarahan yang telah berjaya mentransformasikan pengendalian sesuatu kursus secara efektif dan interaktif terutamanya ke atas keterlibatan dan pembelajaran aktif pelajar (active learning). Kaedah yang digunakan terbukti mencapai sekurang-kurangnya satu hasil pembelajaran (learning outcome).

Objektif Anugerah

Anugerah ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengajaran syarahan secara interaktif atau tanpa syarahan yang telah berjaya mentransformasikan pengendalian sesuatu kursus secara efektif, terutamanya ke atas keterlibatan dan pembelajaran aktif pelajar.

Syarat Permohonan

  • Permohonan terbuka kepada individu / kumpulan individu.
  • Hanya satu (1) penyertaan setiap individu / kumpulan individu.
  • Pemohon perlu mengemukakan satu (1) video berdurasi tidak lebih daripada tiga (3) minit yang menerangkan projek masing-masing.

  • Permohonan MESTI diperakukan oleh Naib Canselor/setaraf** atau Timbalan Naib Canselor/setaraf.


    *Ahli kumpulan tidak boleh terdiri daripada ahli Jawatankuasa Pemilih AKRI 2018 dan 2019

    **Rektor/Presiden/Ketua Eksekutif

Kriteria Penilaian

Semua penyertaan dalam bentuk projek/inisiatif memikir dan mereka bentuk semula pendidikan tinggi akan dinilai berasaskan aspek-aspek berikut untuk kedua-dua sub-kategori:
  • Rasional
  • Pendekatan
  • Keterlibatan pelajar; dan
  • Impak/Keberkesanan projek

Rasional (10%)

Apakah motivasi & isu/permasalahan utama yang menggerakkan pemikiran dan reka bentuk semula?


Pendekatan (40%)

Apakah pendekatan/pemikiran dan reka bentuk semula yang digunakan?


Keterlibatan Pelajar (20%)

Bagaimana pelajar terlibat dalam pengalaman pembelajaran bermakna?


Impak / Keberkesanan Projek (30%)

Apakah impak utama projek ke atas pencapaian pembelajaran pelajar?

Nilai Anugerah

Nilai Anugerah pengajaran Transformatif adalah seperti di bawah :

Tempat Pertama

Hadiah Wang Tunai Bernilai
RM10,000

Tempat Kedua

Hadiah Wang Tunai Bernilai
RM5,000

Tempat Ketiga

Hadiah Wang Tunai Bernilai
RM3,000

Berserta sebuah piala dan sijil penghargaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Muat Turun

Hits : 13753