Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

AKRI - Anugerah Pentaksiran Alternatif

Kategori

Pentaksiran Alternatif


Definisi Pentaksiran Alternatif

Kaedah pentaksiran dalam bentuk yang bukan konvensional Kaedah pentaksiran tidak terbatas kepada pentaksiran sumatif; kaedah yang diketengahkan boleh digunakan untuk pentaksiran formatif, autentik, assessment as learning dan lain-lain kaedah pentaksiran yang telah berjaya mentransformasi pentaksiran sesuatu hasil pembelajaran secara efektif, khususnya ke atas pencapaian hasil pembelajaran dalam domain Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF 1.0 atau MQF 2.0) dan keterlibatan pelajar. Kaedah yang digunakan terbukti mencapai sekurang-kurangnya satu hasil pembelajaran (learning outcome) untuk domain yang tertentu.

Objektif Anugerah

Anugerah ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pentaksiran alternatif yang telah berjaya mentransformasikan pentaksiran hasil pembelajaran sesuatu kursus secara efektif.

Syarat Permohonan

  • Permohonan terbuka kepada individu / kumpulan individu*.

  • Hanya satu (1) penyertaan setiap individu / kumpulan individu.

  • Pemohon perlu mengemukakan satu (1) video berdurasi tidak lebih daripada tiga (3) minit yang menerangkan projek masing-masing.

  • Permohonan MESTI diperakukan oleh Naib Canselor/setaraf* atau Timbalan Naib Canselor/setaraf.

    * Ahli kumpulan tidak boleh terdiri daripada ahli Jawatankuasa Pemilih AKRI 2018 dan 2019 **Rektor/Presiden/Ketua Eksekutif

Kriteria Penilaian

Semua penyertaan dalam bentuk projek/inisiatif memikir dan mereka bentuk semula pendidikan tinggi akan dinilai berasaskan aspek-aspek berikut:

  • Rasional
  • Pendekatan
  • Keterlibatan pelajar; dan
  • Impak/Keberkesanan projek

Rasional (10%)

Apakah motivasi & isu/permasalahan utama yang menggerakkan pemikiran dan reka bentuk semula pentaksiran alternatif?


Pendekatan (40%)

Apakah pendekatan/pemikiran dan reka bentuk semula pentaksiran alternatif yang digunakan?


Keterlibatan Pelajar (20%)

Bagaimana pelajar terlibat dalam pengalaman pembelajaran bermakna melalui pentaksiran alternatif?


Impak/Keberkesanan Projek (30%)

Apakah impak utama projek ke atas pencapaian pembelajaran pelajar?

Nilai Anugerah

Nilai Anugerah pengajaran Alternatif adalah seperti di bawah :

Tempat Pertama

Hadiah Wang Tunai Bernilai
RM10,000

Tempat Kedua

Hadiah Wang Tunai Bernilai
RM5,000

Tempat Ketiga

Hadiah Wang Tunai Bernilai
RM3,000

Berserta sebuah piala dan sijil penghargaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Muat Turun

Hits : 16090