Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Akaun

1. Apakah Dokumen Sokongan Bagi Memohon Kelulusan Di Bawah AP 58(A)?

  1. Bayaran Emolumen (termasuk elaun-elaun)
    • Borang AP58 (a)
    • Penyata perkiraan gaji
    • Kew. 8 yang berkaitan
    • Pengesahan elaun belum bayar oleh pejabat lama

2. Bayaran Elaun Lebih Masa (14000)

    • Borang AP58 (a)
    • Penyata perkiraan tuntutan
    • Surat arahan menjalankan kerja lebih masa

3. Bayaran Balik (Termasuk Bayaran Balik Rawatan ) & Bonus (15000)

    • Borang AP58 (a)
    • Penyata perkiraan bonus
    • Pengesahan bonus belum bayar
    • Dokumen berkaitan
    • Surat kelulusan jabatan berkaitan

4. Tuntutan Perjalanan / Pindah

    • Borang AP58 (a)
    • Penyata perkiraan bonus
    • Pengesahan bonus belum bayar
    • Dokumen berkaitan
    • Surat kelulusan jabatan berkaitan

5. Bil-bil syarikat

    • Borang AP58 (a)
    • Bil / Invois
    • Pesanan tempatan

2. Bagaimanakah Menyediakan Penyata Penyesuaian?

  1. Dapatkan Laporan Flimsi Vot / Hasil / Amanah
  2. Membuat semakan dan perbandingan
  3. Memperturunkan butiran yang tidak dapat disesuaikan

3. Kepada Siapakah Permohonan Kelulusan AP58(A) Dikemukakan?

TJ di bawah pejabat pembayar Bahagian Kewangan perlu dikemukakan kepada Bahagian Kewangan (Cawangan Akaun).

Manakala lain-lain PTJ bergantung kepada kedudukan kes :

  1. Jika peruntukan tahun perbelanjaan dibuat masih mencukupi, kemukakan kepada JAN berkaitan
  2. Jika peruntukan tahun perbelanjaan dibuat sudah habis, kemukakan kepada Cawangan Akaun, Bahagian Kewangan
  3. Jika perbelanjaan melebihi 1 tahun, permohonan dikemukakan kepada Cawangan Akaun, Bahagian Kewangan

4. Bagaimanakah Cara Untuk Memohon Surat 'Pembatalan Hak Milik Dituntut Oleh Kerajaan'?

Kemukakan surat permohonan beserta dengan salinan Sijil Pendaftaran Kenderaan ke Bahagian Kewangan.

5. Bagaimanakah Cara Untuk Mendapat Balik Lebihan Potongan?

Lebihan potongan boleh didapati semula dengan cara menghantar surat beserta slip gaji yang menunjukkan lebihan potongan serta slip gaji yang telah diberhentikan potongan sama ada melalui pos atau datang sendiri ke kaunter Cawangan Akaun, Bahagian Kewangan.

6. Siapakah Yang Boleh Membatalkan Baucar Bayaran?

Hanya Pegawai Perakuan II sahaja yang boleh membatalkan baucar bayaran.

Hits : 23079