Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

50 Finalis Terbaik Anugerah Global Student Prize Tahun 2023

1 Logo Korporat KPM BM

Tahniah diucapkan kepada Nurul Nazieha Jasnie, pelajar Kolej Vokasional Keningau, yang berjaya menjadi 50 finalis terbaik bagi anugerah pelajar paling berprestij di dunia dalam Global Student Prize tahun 2023.
 
Nazieha terpilih sebagai salah seorang finalis dalam pertandingan yang disertai oleh lebih 3000 peserta dari serata dunia.

Nazieha yang mengikuti pengajian bidang bakeri dan pastri di Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan perniagaan Tiaa Cookies dan turut membantu melatih suri rumah golongan B40 dalam pembuatan kek. Inisiatif ini menarik perhatian juri pertandingan untuk memilih beliau sebagai salah seorang finalis.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Nazieha.
____________________________________

Kolej Vokasional KPM menawarkan pelbagai program pengajian kemahiran dan teknikal yang diiktiraf. Graduan Kolej Vokasional mempunyai kebolehpasaran sekitar 99% dan menjadi aset tenaga mahir negara.

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#KaramahInsaniah
 
50 Finalis

Hits : 216