26 Januari 2023 - Lawatan kerja Menteri Pendidikan, YB Puan Fadhlina Sidek ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Liam dan Sekolah Kebangsaan Lepong Ajai, Miri.
Lawatan kedua-dua sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid dan rata-rata mereka duduk dirumah panjang kaum Iban. Oleh kerana, lokasi yang berhampiran dengan sungai menyebabkan SK Lepong Ajai ini sering dilanda banjir dan menyebabkan kerosakan fasiliti. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju untuk menyalurkan dana Rm150,000 untuk setiap sekolah berkenaan.
Turut hadir bersama-sama YBhg. Dato' Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali, Ketua Pengarah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia, JPN Negeri Sarawak serta pegawai-pegawai kementerian.
{gallery}KPM/UKK/Galeri2023/0128_Lawatan_Kerja_YB_Menteri_Pendidikan_Ke_Negeri_Sarawak_1{/gallery}
Lawatan kerja Menteri Pendidikan, YB Puan Fadhlina Sidek menziarahi Cikgu Kellian Anak German di rumahnya. Beliau menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Guru Tun Hussien Onn (YGTHO).
KPM komited untuk terus menjaga kebajikan guru yang ditimpa ujian keuzuran dan telah bekorban demi anak bangsa.
{gallery}KPM/UKK/Galeri2023/0128_Lawatan_Kerja_YB_Menteri_Pendidikan_Ke_Negeri_Sarawak_2{/gallery}
YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan menyantuni warga pendidik dan murid-murid di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Miri dan SK St. Joseph.
{gallery}KPM/UKK/Galeri2023/0128_Lawatan_Kerja_YB_Menteri_Pendidikan_Ke_Negeri_Sarawak_3{/gallery}
27 Januari 2023 – Sumbangan Pek Kembali Ke Sekolah daripada McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald telah dimanfaatkan kepada 25,000 orang murid sekolah rendah di seluruh negara berjumlah RM1.5 juta.
Seramai 1,500 murid untuk Negeri Sarawak telah menerima sumbangan ini dengan Kerjasama Yayasan Didik Negara (YDN). Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban ibu bapa yang sedang membuat persiapan persekolah anak-anak.
{gallery}KPM/UKK/Galeri2023/0128_Lawatan_Kerja_YB_Menteri_Pendidikan_Ke_Negeri_Sarawak_4{/gallery}
Menteri Pendidikan, YB Puan Fadhlina Sidek melihat sendiri keadaan kuaters guru di SK Rambungan, Lundu yang berada dalam keadaan daif dan tidak selamat untuk diduduki.
KPM sentiasa menjaga kebajikan guru dan menjadi keutamaan dan sentiasa dititik beratkan.
{gallery}KPM/UKK/Galeri2023/0128_Lawatan_Kerja_YB_Menteri_Pendidikan_Ke_Negeri_Sarawak_5{/gallery}
Menteri Pendidikan, YB Puan Fadhlina Sidek telah berpeluang menziarahi tiga orang guru yang sedang diduga dengan keuzuran dan musibah.
Yayasan Guru Tun Hussien Onn (YGTHO) turut menyampaikan sumbangan kepada semua guru yang terlibat. Cikgu Mohd Khairil
Fitrie@Washington Anding dari SMK Tabuan Jaya dan cikgu
Suraya@Suaya binti Srah dari SK Samariang diduga dengan masalah kesihatan kronik, manakala kediaman Cikgu Nur Syafika Abdullah guru dari SK Semerah Padi hampir musnah dalam kebakaran pada awal Januari lalu.
KPM komited untuk terus menjaga kebajikan guru yang ditimpa ujian dan keuzuran dan telah bekorban demi anak bangsa.
{gallery}KPM/UKK/Galeri2023/0128_Lawatan_Kerja_YB_Menteri_Pendidikan_Ke_Negeri_Sarawak_6{/gallery}
28 Januari 2023 - Majlis Sumbangan Kasih Anak Terkesan Covid-19 oleh Menteri Pendidikan, YB Puan Fadhlina Sidek di SMK Batu Kawa, Padawan bersama ibu bapa, murid-murid dari pelbagai sekolah pada 28 Januari 2023 (Sabtu).
YB Menteri Pendidikan turut meraikan kehadiran anak-anak yang terkesan dengan Covid-19 dengan pemberian sumbangan kepada mereka oleh syarikat Farm Fresh.
Beliau juga mengambil peluang untuk mendengar pandangan yang dikongsikan untuk penambahbaikan dan tindakan lanjut oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh sebab itu, pendidikan negara akan lebih utuh dan padu.
{gallery}KPM/UKK/Galeri2023/0128_Lawatan_Kerja_YB_Menteri_Pendidikan_Ke_Negeri_Sarawak_7{/gallery}
Menteri Pendidikan, YB Puan Fadhlina Sidek menyantuni anak-anak pada majlis makan malam di Sekolah Seni Malaysia, Sarawak. Majlis diisikan dengan persembahan pentas pelbagai budaya yang ditonjolkan oleh para pelajar.
Semoga bakat anak-anak ini akan membawa mereka ke pentas dunia dengan memperkenalkan kehalusan seni dan budaya Malaysia serta memperkukuh perpaduan yang menampilkan kepelbagaian dalam bingkai kesatuan.
Fly kenyalang fly, Fly high!
#7TerasKPM
#MuridCeriaGuruBahagiaSekolahBitaraNegaraSejahtera
#MalaysiaMADANI
{gallery}KPM/UKK/Galeri2023/0128_Lawatan_Kerja_YB_Menteri_Pendidikan_Ke_Negeri_Sarawak_8{/gallery}
Hits : 1463